Followers

Monday, August 1, 2011

Najib Mengaku Boleh Manipulasi Undi ??

Akhirnya Najib UMNO BN mengaku adanya pengundi hantu yang sebelum ini tidak pernah pun diakuinya. Syabas BERSIH!! Beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 [yang ini hanya baca dahulu, percaya jangan!!]

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu".


Najib juga mengakui boleh memanipulasi pilihanraya. Baca kenyaannya yang berikut.


“Kerajaan PAS di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.


“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi,
kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” kata Najib.
Kita boleh buat. Maksudnya sememangnya Najib UMNO BN boleh memanipulasi undi dan memperkudakan SPR. Ini kenyataan Najib. .....tapi kita tidak mahu lakukan [lagi ayat ini tidak boleh dipercayai]

Kerajaan PAS di
Kelantan menang kerana  UMNO BN telah kehabisan cara, teknik dan taktik manipulasi dan bukannya kerana UMNO BN tidak melakukannya.
sumber: Ek Ele

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.