Followers
Tuesday, August 2, 2011
Muhyiddin atur langkah, Najib semakin goyang ???
Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat. Siapakah manusia yang paling malang sekiranya Najib tersungkur? Rosmah Mansor atau Rosmah Puaka?
Antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.
Amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.
Sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih (baca di sini) hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.
Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan (keganasan anjing Umno di sini l di sini l di sini l di sini l lihat video di sini l dan tonton video pengakuan demonstran terhadap keBINATANGAN polis) oleh berbagai media alternatif. (dan baca berita-berita berkaitan Bersih 2.0 di sini)
"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.
"Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini.
"Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
(Dalam diam Muhyiddin mengatur langkah untuk merampas jawatan PM daripada Najib)
Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri.
Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta (di sini), beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara.
Kerajaan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rosmah liabiliti Najib & Najib liabiliti UMNO & UMNO liabiliti BN & BN liabiliti Malaysia
ReplyDelete