Followers

Thursday, November 12, 2009

SPRM : Jayanthi bukan saksi yang dicari !

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Jayanthi LG Naidu bukanlah saksi yang dicari SPRM bagi membantu siasatan kes video Lingam.
Semalam, ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa membawa Jayanti - yang dikatakan 'saksi utama' yang tidakdapat dikesan SPRM berhubung kes tersebut - ke Parlimen.
Sebaliknya, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telahpun mengambil kenyataan saksi tersebut. "Dan telah diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh bahagian perundangan dan pendakwaan SPRM," kata kenyataan tersebut. Jayanthi Naidu, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.
Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995. Sivarasa membawa Jayanthi ke Parlimen semalam ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut. Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan. Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'.
sumber: malaysiakini

BALA akan serang NAJIB lagi !

Blogger dalam pelarian yang diburu RPK mendakwa bahawa tidak lama lagi Balasundramaniam akan menyerang semula najib dengan mengemukan kenyataan bersumpah berhubng dengan kes altantunya.menurut RPK Lagi dalam blognya.
Cakap-cakap sejak beberapa minggu lalu menjelaskan bahawa penyiasat persendirian tersebut akan muncul kembali selepas beberapa bulan menghilangkan diri. Ada juga beberapa dakwaan menjelaskan bahawa Balasundramaniam akan mengemukakan akuan bersumpah sejak megemukakannya kali pertama dahulu mengenai kematian rakyat momglia tersebut.
Dalam posting beliau ,RPK mendakwa bahawa Balasundramaniam kini berada dan tinggal di India sejak menghilangkan diri dan di dakwa dibayar agar berdiam diri.. "Tidak ramai yang tahu Bala hanya merehatkan dirinya buat sementara waktu,menunggu masa yang sesuai untuk menyerang balas" "Dan sekarang beliau akan menyerang kembali dan akan mengemukakan kenyataan apa yang sebenanya berlaku semasa beliau melakukan akuan sumpah yang pertamanya, dan keduanya pada 16 bulan yang lalu"tulis RPK lagi. Untuk pihak pembangkang situasi ini , jika benar akan meletakkan PM Najib dalam tekanan dan meletakkan isu yang panas ini di atas meja kembali. Sementara RPK mengemukakan hanya sedikit bukti dalam kenyataan bersumpah beliau, namun setiap serangan dan dakwaan beliau tetap memberikan kesan yang akan kekal. Dalam serangan beliau yang terkini beliau menjelaskan dan menunjukkan bukti bahawa cek yang di keluarkan kepada Balasundramaniam, Beliau juga akan mengemukakan beberapa lagi isu pada bulan bulan yang berikutnya..

Allowances Increased To Curb GRAFT : says MACC?

The MACC is said to be making a recommendation to the government for an increase in the allowances of Ministers, Deputy Ministers and assemblymen as a means to curb the prevalence of graft supposedly from among some of them. If this is to be the recommendation, then public perception that Ministers, Deputy Ministers and assemblymen have for so long been involved in graft stands to be true.
I do not know what the Ministers, Deputy Ministers and assemblymen would have to say of such a recommendation that smack of belittling them. And if at all there is a need to raise their allowances, surely there are better excuses than the one recommended by the MACC. To me the recommendation is rather childish and one that makes little sense. Just ask anyone, and I bet their answer are more cynical than mine. The recommendation also took into consideration the allowances received by MPs in neighboring Singapore. Why consider only Singapore that is having a population that is five times smaller than Malaysia, and whose GDP per capita is approximately four times larger than Malaysia. Why not look at Cambodia, Laos or Thailand? Singapore should not be taken as a basis for comparison for they are far ahead of us in almost ever aspect. And why not also consider the quality of their MPs in comparison to our MPs and state assemblymen? I am not belittling our MPs and state assemblymen, but this is the reality that cannot be denied. The antics of some of our MPs and state assemblymen alone leaves much to be desired. A good example are the three PKR Perak state representatives that had ‘jumped boat’ and subsequently caused a furor to the PKR state government. In all honesty, can we claim that the examples shown by the three are good examples of an elected representatives? My honest and sincere answer to this is a big NO. I think the MACC should wake up from their slumber, and quickly adorn their thinking caps, and to start saying things that are more sensible.
sumber: mindnoevil


CRUSADE AGAINST CORRUPTION

Kes NORZA: Saksi Dakwa Didera Pegawai SPRM

Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di Temerloh bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.
Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Januari lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental. Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Januari dan pada kira-kira pukul 5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit. "Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam," dakwanya. Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof Rabu.
Katanya akibat tidak tahan dan berasa tertekan dengan penderaan dan ugutan tersebut, dia terpaksa membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dan menerima sampul surat putih lebih kurang 20 keping yang diikat dengan getah daripada Mohamad Norza di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 19 Januari lepas.
Mohd Taupik dengan wajah sugul dan sedih memberitahu hakim bahawa dia terpaksa mereka cerita dalam kenyataan kedua kepada SPRM selain masih merasa malu, sedih dan takut dengan penderaan pegawai-pegawai berkenaan ke atas dirinya. Soalan Muhammad Shafee selepas itu bagaimanapun mencuit hati hadirin di galeri awam apabila menanyakan Mohd Taupik sama ada dia masih menyimpan kasut miliknya yang digunakan anggota SPRM untuk mengetuk kepalanya. "Ya, saya masih menyimpannya dan mahu jadikan ia sebagai kenangan," katanya sambil mengeluarkan sepasang kasut berwarna hitam dari sebuah beg sebelum Muhammad Shafee meminta kasut itu ditandakan sebagai bahan bukti. Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas. Dia juga dituduh memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Januari lepas. Halimi, 47, dari No 99, Lorong IM2/88, Taman Medan Mahsyur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pula dituduh memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan di tempat yang sama. Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi. Perbicaraan bersambung esok. - Bernamasi Dakwa Beri Keterangan Palsu Akibat Tra.uma Didera Pegawai SPRM.
sumber: malaysiakini

Wednesday, November 11, 2009

Undian TV Selangor Sokong Badrul Letak Jawatan

Statistik yang diperolehi daripada undian yang dijalankan di laman web TV Selangor mendapati,daripada 678pengundi,64% bersetuju ADUN Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya dengan kadar segera.
10% daripadanya masih menyokong beliau memegang jawatan itu sehingga Pilihanraya Umum 13 yang menentukan kerjaya politik beliau. Dan, tiada yang menyokong agar beliau bersara terus dari arena politik negara. Badrul Hisham dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang seharusnya membela dan menjaga kebajikan rakyat Pelabuhan Klang yang telah mengundinya pada pilihanraya lalu. Tidak lama selepas itu, beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan keputusan keluar dari PKR tanpa meletakkan jawatan sebagai ADUN. Isu Badrul mula mendapat liputan meluas media arus perdana dan alternatif. Sehingga kini kerana masih menjawat jawatan ADUN Pelabuhan Klang walaupun setelah di desak berkali kali untuk letak jawatan oleh pelbagai pihak khususnya penduduk di Pelabuhan Klang. Statistik yang diperolehi daripada undian yang dijalankan di laman web TV Selangor mendapati, daripada 678 pengundi, 64% bersetuju ADUN Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya dengan kadar segera. 10% daripadanya masih menyokong beliau memegang jawatan itu sehingga Pilihanraya Umum 13 yang menentukan kerjaya politik beliau. Dan, tiada yang menyokong agar beliau bersara terus dari arena politik negara. Badrul Hisham dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang seharusnya membela dan menjaga kebajikan rakyat Pelabuhan Klang yang telah mengundinya pada pilihanraya lalu. Tidak lama selepas itu, beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan keputusan keluar dari PKR tanpa meletakkan jawatan sebagai ADUN. Isu Badrul mula mendapat liputan meluas media arus perdana dan alternatif. Sehingga kini kerana masih menjawat jawatan ADUN Pelabuhan Klang walaupun setelah di desak berkali kali untuk letak jawatan oleh pelbagai pihak khususnya penduduk di Pelabuhan Klang.
sumber: tvselangor

ANWAR Cleared of RM3 Billion Graft ?

Former ACA director of investigations Abdul Razak Idris told the High Court today he had cleared Anwar Ibrahim of allegations of stashing RM3 billion in foreign accounts and having foreign links to Western interests.
source: malaysiakini

Malaysia Harus Contohi Indonesia kata DS Anwar

Demikian antara ulasan yang dibuat Ketua Pembangkang Dato` Sri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Dialog Bajet 2010 di MPAJ malam tadi.
Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi Negara itu mula menunjukkan peningkatan sejak awal tahun ini, manakala Negara ini masih dalam kemelesatan. “Kerana kegagalan kita menarik minat pelabur asing, kegagalan kita memepertahankan Malaysis sebagai negara yang punya daya saing, realitinya kita tewas. Dengan siapa? Indonesia? Indonesia dah catat pertumbuhan ekonomi awal tahun lalu, kita masih meleset dan kita ketinggalan 5-6peratus dari pertumbuhan ekonomi Indonesia”, katanya.
Jelas Anwar, jika dahulu Malaysia boleh membandingkan kemajuan pembangunan ekonomi dengan Negara Asia lain seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan, kini Negara ini sudah jauh ketinggalan. Menurutnya lagi, malah Indonesia yang dahulu menjadikan Malaysia sebagai rujukan, kini Republik itu yang seharusnya dicontohi pemimpin Negara ini. “Bila Presiden Indonesia datang sepatutnya dia ajar sedikit Perdana Menteri kita macam mana urus ekonomi. Nampaknya dia lebih berhasil dari kita.sekarang, 10 anggota cabinet kita kena pergi ke Jakarta, belajar daripada mereka”tambahnya lagi.
Sesi Dialog Bajet malam tadi merupakan kesinambungan daripada sesi Dialog sesi pertama yang diadakan 3November lalu. Kira kira 500 orang hadir dalam sesi kali ini. Dialog anjuran Kerajaan Negeri ini menampilkan beberapa panel dari pihak pembangkang untuk membahaskan kepincangan di dalam Bajet yang diunjurkan Perdana Menteri,Najib Razak. Tiga panel yang hadir untuk melontarkan pandangan mereka malam tadi ialah, Exco Selangor Yaakob Sapari, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
sumber: tvselangor

KES LINGAM : Pembangkang Dedah "SAKSI UTAMA"

Ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa hari ini membawa ke Parlimen, Jayanthi LG Naidu, yang dikatakan menjadi 'saksi utama' yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Datuk VK Lingam.
Ini ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut. Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan. Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'. Sebaliknya, Jayanthi pula mendakwa bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa untuk membantu SPRM dalam menyiasat tersebut. Katanya, selepas kenyataan bertulis Nazri itu pada 23 Oktober lalu, beliau terus menghubungi SPRM, bertanyakan siapakan saksi utama yang sedang dicari itu.
"Mereka tidak dapat menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita di Parlimen.
sumber: malaysiakini

MB Dedah Infor Rahsia TIGA PROJEK ?

Kerajaan Selangor akan mendedahkan mulai esok tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai MB Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan. Katanya, peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA. Pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat, jelasnya. "Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya di luar sidang DUN selepas membentangkan belanjawan negeri hari ini.
Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam. "Satu berkaitan projek penghutanan semula. Satu lagi mengenai kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan. Ketiga adalah laporan mengenai Bukit Cerakah," tambah Abdul Khalid. Beliau berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk. "Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," katanya. Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang DUN.
"Bila kita tahu mengenai perkara ini, kita akan dapat membincangkan dengan baik dan produktif dengan mangsa-mangsa projek ini," katanya. Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang. "Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya. Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan dalam akta OSA. "Sebab di bawah perlembagaan (negara), undang-undang persekutuan boleh melebih undang-undang negeri," jelasnya.
sumber: malaysiakini

Tuesday, November 10, 2009

450 Pekerja Ladang Pulau Carey Terima Bantuan

Lebih 450 pekerja ladang Pulau Carey, Selangor menerima sumbangan bantuan kewangan dari kerajaan negeri Selangor semalam. Exco Kebajikan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata sumbangan bantuan tersebut diberikan kepada semua pekerja ladang di Pulau itu tanpa mengira bangsa dan agama. Kita buat satu program khusus buat pekerja ladang disini dan beri mereka sumbangan kepada warga emas sampai orang-orang yang bekerja dalam ladang,” katanya. Dr Xavier berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada pekerja ladang dalam sambutan perayaan Deepavali bersama rakyat di Pulau Carey, Selangor, semalam. Menurut beliau hampir keseluruhan pekerja ladang di sini hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan yang sewajarnya dan sudah menjadi agenda beliau bagi membantu mereka. Seramai 28 orang pelajar turut menerima sumbangan iaitu cermin mata, dan bantuan kewangan kepada 14 orang pelajarTurut menerima sumbangan adalah seramai 28 pelajar yang menerima sumbangan cermin mata,14 pelajar cemerlang menerima bantuan kewangan dan kaum orang asli tidak dilupakan. Dalam majlis yang sama Dr Xavier turut menerima dua kertas cadangan dari penduduk Pulau Carey bagi tujuan pembangunan di tempat mereka. “Program perumahan untuk orang-orang pekerja ladang dan saya sedang bincang dengan Simedarby dan pihak-pihak bertanggungjawab yang lain,” katanya.
Penduduk di kawasan itu juga turut memohon agar tiga buah sekolah Tamil yang terdapat di situ dinaik taraf kerana yang sedia ada terlalu daif.
sumber: tvselangor

“Mereka memohon untuk baiki tiga sekolah Tamil kerana yang ada sudah uzur, dan hal ini saya telah berbincang dengan SimeDarby dan PIBG sekolah dan SimeDarby sudah bersetuju dan sedia memberikan enam ekar tanahnya,” katanya.

Dr Xavier turut berharap kerjasama pelbagai pihak dapat memberi keselesaa

KAMI MENYEDIAKAN BOMOH DAN PAWANG

Ada diberitahu seantero dunia
kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat rawatan buwasir, kurang selera makan, kurap, panau, kayap,
datang haid tidak menentu, resdung, kanser, burut,
untut, tidur berdengkor, kencing atas tilam,
kencing dalam sinki dan kencing berdiri.
Kami juga membeli besi buruk, surat khabar lama, surat pajak gadai, lawatan ke langkawi, menyedikan pakej memacing di tasik kenyir , lawatan ke golok dan pakej umrah sambil melawat jordan, turki dan cairo.
Kami sedia menerima tempahan membuat pelamin, tempahan khemah
dan kanopi, kereta sewa, membeli kelapa muda dan menjual santan.
Kami menyedikan buah kurma nabi pada bulan puasa.
Kami menyediakan unta, lembu dan kambing untuk hari raya haji.
Kami juga adalah ajen untuk topup kad talipon maxiz dan celkom.
Kami juga sedia menerima tempahan untuk membuat rendang,
lemang dan ketupat.
Dengan bangganya kami juga menyediakan khidmat
dukun , pawang dan tukang urut untuk sesiapa yang lemah tenaga batin.
Kami adalah syarikat seratus peratus perniagaan bumiputera islam.
Kami berdaftar dengan kementerian perdagangan dan jabatan kerja raya.
Kami juga amat bersedia untuk menerima tempahan untuk membuat
jambatan buluh, jambatan kayu, jambatan besi , jambatan gantung
dan jambatan runtuh.
sumber: tukartiub

PAS SELANGOR : UMNO Menangguk Di Air Keruh ?

Tindakan Umno yang kini dilihat mula menawarkan kerjasama dengan Pas bagi menjalankan ‘Pakatan senyap’ dilihat sebagai menangguk di air keruh. Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir berkata walau apa pun tawaran dan cadangan yang dibuat Umno, Pas Selangor tetap dengan pendirian menyokong keputusan pucuk pimpinan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan parti berkenaan. “Umno pun rasanya cuba menangguk di air keruh tetapi saya mengulangi kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat minta kalau Umno betul jujur, minta Umno masuk Pas,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa ‘pakatan senyap’ antara Umno dan Pas amat diperlukan untuk membangunkan Islam dan Melayu di negara ini. Roslan menambah Pas Selangor tidak nampak sebarang manfaat mengadakan perikatan rahsia bersama Umno. “Kami sekarang ini dari sudut politiknya lonjakan sokongan terhadap kita selepas pilihanraya 2008 ternyata, penolakan rakyat dalam Umno pun ternyata. Pilihan raya kecil yang lepas kecuali di Bagan Pinang jelas rakyat bersama dengan Pas,” katanya. Isu ‘pakatan senyap’ ini mula diperkatakan apabila pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com. Artikel tersebut menyeru agar Umno dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoal. Dalam Seminar Politik Pas yang diadakan 7 November lalu, perwakilan meluluskan resolusi untuk mengunci pintu rundingan bersama Umno dengan ketat. Sehubungan itu, Pas Selangor akan mengambil langkah merapatkan hubungannya dengan Pakatan rakyat. Roslan berkata, rundingan meja bulat dengan DAP akan diteruskan bagi menjamin masa depan rakyat. “Kita tidak berminta sebab kita telah sepakat meperkukuhakan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan memastikan ianya menjadi gandingan yang dapat memberikan manfaat pada rakyat dan negara. “Kita akan meneruskan rundingan meja bulat dengan DAP dan mungkin meluaskan dengan PKR sekali untuk pastikan tidak ada ruang perbezaaan antara kita sebab yang pentingnya adalah untuk nasib dan masa depan rakyat di negeri Selangor,” katanya.
sumber: tvselangor

Dr. Asri Sedia Sertai POLITIK Jika Dihalang Berceramah !

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.
Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua. "Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini. Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu. Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya. Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama
sumber: malaysiakini

AHLI PAC : Siasat Ling Berhubung Skandal PKFZ ?

DAP menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung peranannya dalam meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam siasatannya terhadap skandal tersebut.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua juga menggesa pihak kerajaan supaya mendeklasifikasikan semula minit mesyuarat kabinet, yang tidak diperolehi PAC ketika menjalankan siasatan tersebut. Katanya, sewaktu dikemukakan soalan-soalan penting ketika memberi keterangannya kepada PAC, Ling menjawab 'tidak ingat' atau lebih kurang demikian, tidak kurang 11 kali, dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebenaran jawapannya. Bercakap kepada pemberita, Tony yang juga ahli PAC berkata, Ling menafikan bahawa kementerian pengangkutan - sewaktu beliau menjadi menteri - mempunyai sebarang perananan dalam memuktamadkan perjanjian membeli tanah dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd. Menurut laporan PAC, Ling berkata bahawa perbendaharaan - yang diketuai oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad - yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, Pua berkata, keterangan pegawai kerajaan dan surat-surat Jabatan Perkhidmatan Harga (JPPH), mengesahkan bahawa kementerian tersebut yang meminta nilai tanah tersebut disemak lebih tinggi, daripada RM17 sekali persegi kepada RM25 per kaki persegi.
sumber: malaysiakini

Bicara Kes Saman Fitnah Saiful Di Tetapkan 28 Jan 2010 ?

Kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, atas dakwaan berniat jahat kerana membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat Anwar, ditetapkan pada 28 Januari untuk pengurusan kes.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor, menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini. Pada 30 Jun tahun lalu, Anwar yang juga Penasihat PKR menfailkan saman terhadap Saiful mendakwanya membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi, di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya sebagai ahli politik. Anwar, 62, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Saiful, 24, tahu bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun bekas pembantunya itu tetap membuat laporan polis itu pada 28 Jun tahun lalu. Anwar mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat. Saiful dalam pernyataan pembelaan yang difailkan Mei lalu berkata laporan polis itu adalah bersifat justifikasi dan sekiranya laporan itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar terhadap tuduhan liwat itu. Pada 7 Ogos tahun lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful dan beliau dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin sementara menunggu perbicaraan kes. Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 November ini di Mahkamah Tinggi. Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan 1 Julai hingga 23 Julai lalu tetapi mahkamah menangguhkannya bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan Anwar berhubung kes itu
sumber: pahangdaily

Speaker: Badrul Belum Dianggap ADUN BEBAS !

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah setakat ini masih belum dianggap sebagai wakil Bebas kerana speaker dewan undangan negeri (DUN) Selangor, masih belum menerima notis rasmi daripada bekas wakil rakyat PKR tersebut.
Speaker YB Teng Chang Khim berkata beliau kini meletakkan kerusi Badrul di satu ruang yang hampir dengan blok BN kerana Badrul telah menyatakan sokongan kepada parti itu.
Teng menjelaskan, Badrul perlu menghantar notis rasmi kepadanya untuk dilayakkan sebagai wakil rakyat bebas di DUN berkenaan. "Beliau kini berada di pulaunya sendiri. Anda boleh lihat dia kini berada (di kedudukan) terasing. Tidak ada tempat lain lagi untuk letakkan dia, jadi saya letak dia di situ. "Ianya lebih dekat dengan pembangkang sebab dia kata dia sokong pembangkang. Tapi dia perlu dijarakkan daripada pembangkang sebab dia bukan daripada pembangkang," tambahnya. Teng telah menulis kepada Badrul untuk mengesahkan kedudukannya, susulan daripada kenyataan terbuka ADUN Pelabuhan Klang itu untuk menjadi wakil Bebas tetapi setakat ini masih belum mendapat jawapan. "Kita telah menulis kepadanya, tapi dia belum membalas dan ini sangat tidak patut. Kita telah minta dia sahkan tetapi dia tidak sahkan, jadi pagi ini saya letakkan dia di situ dan dia tidak membantah," katanya.
Ikut cara politik - Menurut Teng lagi, beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk memecat Badrul sebagai wakil rakyat, melainkan membiarkan ia dilakukan secara politik. "Semuanya secara politik. Menurut undang-undang saya tidak boleh paksa Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat, tetapi tentullah ada cara politik," katanya semasa sidang dewan berhenti rehat tengahari ini. "Jika mereka hendak paksa, ianya secara demonstrasi. Jika mereka ada memorandum, mereka boleh datang dan berikan kepada (Badrul). Kalau tak boleh hubungi dia, boleh hantar melalui pejabatnya," katanya lagi.
"Dia tidak ada buat apa-apa kesalahan. Dia tak ada lakukan apa-apa yang melanggar perlembagaan, jadi tidak ada apa yang saya boleh lakukan," kata Teng lagi. Dalam pada itu, Teng turut mengecam tindakan sebilangan penyokong Pakatan Rakyat hari ini yang menyinggung perasaannya dengan bertindak menghantar memorandum bantahan untuk ADUN Pelabuhan Klang melalui pejabatnya. Kira-kira 30 penyokong Pakatan mengadakan demonstrasi di perkarangan DUN berkenaan pagi ini bagi mendesak Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Teng berkata beliau ada mengarahkan seorang petugasnya untuk menerima memorandum tersebut kerana menganggap dokumen tersebut ditujukan kepadanya. Menyalahi protokol - "Untuk meredakan ketegangan, saya beri arahan untuk terima memorandum tersebut, tetapi apabila saya baca, saya dapati ianya adalah untuk wakil daripada pejabat saya untuk serahkan kepada Badrul, saya rasa tersinggung," katanya. Jelasnya, tindakan itu juga menyalahi protokol dan sesuatu yang tidak sopan kerana pejabat speaker tidak boleh dianggap sebagai "pejabat pos" apabila diperlakukan sebegitu. "Bila Badrul enggan jumpa mereka, (ADUN Seri Setia yang juga setiausaha politik menteri besar (Nik Nazmi Nik Ahmad) menawarkan diri untuk terima memeroandum itu dan serahkan kepada Badrul, tapi mereka enggan. "Mereka bertegas supaya wakil daripada pejabat speaker datang jumpa mereka dan serahkan memorandum kepada Badrul. "Pejabat speaker bukanlah sebuah pejabat pos. Speaker bukan seorang posmen dan saya rasa ini menyalahi protokol dan sangat tidak sopan," katanya lagi.
sumber: malaysiakini

Monday, November 9, 2009

Lesson On Corruption !

'Anti-graft lessons for elected reps' reads the title of a report on The Sun tabloid dated November 9th 2009. The report states that the 'MACC will hold special sessions to educate MPs and state assemblymen on practices and offences that amounted to corruption to deter corruption among politicians'. Doesn't this sound stupid? I am just a retired military officer and I don't need to be taught what constitutes the practice of corruption. For any ordinary person who have at bit of education and conscience will know what is corruption and what is not. And do you honestly think the MACC sessions be of any meaning to those MPs and assemblymen whom the public knows are deeply mired in corruption? Just look at one particular former MB who within a span of two terms in office can afford to built a house worth millions? And I am now told that even some senior military officers can also afford to built a house that costs more than a million immediately upon his retirement. I suppose they have been taught some useful lessons from politicians on how to make in rich while in power. I just wonder if they have any conscience at all to be living in such luxury, knowing full well that the wealth that they have acquired is through some dubious acts. If indeed the MACC wants to conduct the sessions to MPs and assemblymen, I would suggest that the sessions be extended to the senior members of the Armed Forces and including all senior government servants as well. A session simply for the MPs and assemblymen is not good enough because for corruption to work, it has to have a network of people to partake in the act. Corruption will not work without the connivance of others. There has been far too many people in high places that are involved in corruption, but we are yet to see some big names being charged. Now that the PKFZ 'mother of all scandal' report is out, it will be interesting to see if the allegation does 'stick' on those involved. And what about the infamous 'Palace of Khir Toyo'? Will the authorities be serious enough in getting down to the very bottom of this issue? Unless these issues are resolved, I will have little faith in the investigating authorities; be it the police, the MACC or any other investigating bodies formed by the government.
sumber: mindnoevil


CRUSADE AGAINST CORRUPTION

YB DS Anwar Beri Kata Dua Pada Pemimpin PKR !

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya. Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi. Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti. "Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya. Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti. Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya. Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.
Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhidasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.

NAJIB : Pengundi Mungkin Tolak MCA Jika Krisis Berlarutan !

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian. Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa MCA seharusnya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin bagi memastikan ia muncul sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu.
Menjawab satu soalan, beliau berkata 'pelan perpaduan lebih menyeluruh' yang sedang diusahakan dalam parti itu, dicetuskan oleh kepimpinan MCA sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka. "Ia bukan pelan saya, tapi ditampilkan oleh kepimpinan MCA sendiri. Mereka ada memaklumkan kepada saya mengenainya, dan saya beritahu mereka bahawa apa yang paling penting adalah saya mahukan sebuah parti MCA yang kukuh dan bersatu. Kemudian baru MCA boleh mewakili majoriti komuniti Cina," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kongres Tahunan Parti Demokratik Liberal di 1Borneo di Kota Kinabalu hari ini. Beliau berkata MCA tidak punyai pilihan, mereka perlu menangani masalah dalaman dengan segera kerana sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, ada kemungkinan calon-calon MCA ditolak orang ramai pada pilihan raya akan datang. Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno berkata sudah tiba masanya bagi MCA meminta Najib, yang juga pengerusi BN, untuk masuk campur dan cuba menyelesaikan masalah kepimpinan parti itu. MCA mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lepas dalam usaha menyelesaikan krisis kepimpinan yang dihadapinya, namun hasilnya dilihat masih belum dapat merungkai masalah yang melanda parti itu. Ini ekoran kumpulan yang mendakwa mewakili 16 orang atau satu pertima anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA memanggil EGM baru pada 28 November ini untuk membolehkan perwakilan memutuskan sama ada pemilihan baru MCA perlu diadakan. - Bernama

Sunday, November 8, 2009

MAK MINAH JUMPA KOTAK ? ?

ADAKAH MAT EZAM DALAM KOTAK INI ?
KERABAT ARAB BERI RM7 JUTA HARGAI KEJUJURAN ROSMAH - malaysiakini
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lalu, Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu. Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan AS$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri. Beliau berkata, AS$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.
Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz. "Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya. Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama. "Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah. Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan. "Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," katanya. Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
ANA PELIK WALKOM… HAIRAN MALIKOM HAIRAN… kah kah kah…
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
KOTAK APA YANG DITEMUI INI ?.... kah kah kah…
INI MESTI KOTAK MAT EZAM…. kah kah kah…nota: persoalan- persoalan ini timbul:
diberitahu satu malaysia bahawa najib dan suaminya sedang melakukan lawatan RESMI ke peranchis. bila pula timbul cerita belayar mandi manda di laut mediteranean. kalau betul pergi bercuti kenapa duit kerajaan di pakai. pekara ini wajib ditimbulkan di parlimen. soalan patut ditimbulkan – lawatan resmi atau pergi bercuti pakai duit rakyat?
sumber: tukartiub

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SUMBANG RM$106,500

Kerajaan Negeri Sumbang RM106,500 pada Waris Skim Mesra Usia Warga Emas Kerajaan negeri Selangor hari ini menyampaikan baki sumbangan khairat kematian RM1500 ringgit seorang kepada 71 waris keluarga si mati yang mendaftar dalam Skim Mesra Usia Emas. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata sebanyak RM106,500 ringgit diperuntukkan untuk bayaran peringkat kedua membabitkan 20 penerima dari Dun Meru, 37 dari Dun Sungai Pinang dan 14 lagi dari Dun Sementa. “Saya rasakan selama hampir setahun program ini dilaksanakan kita nampak bahawa sambutannya begitu memberangsangkan dan saya harap program ini dapat diteruskan dengan fasa kedua yang kami sedang dapatkan kelulusan daripada majlis mesyuarat kerajaan negeri dan saya harap program fasa kedua ini boleh memberikan banyak lagi manfaat kepada warga emas yang masih hidup dan juga warga emas yg kita rasakan selain daripada isu pemakanan isu kesihatan juga penting untuk mereka”,katanya. Rodziah berkata demikian kepada TV Selangor selepas menyampaikan bayaran kepada waris si mati petang tadi.
Majlis penyampaian peringkat kedua berkenaan telah disempurnakan Rodziah bersama wakil Adun Meru, Sucipto Osman, wakil Adun Sementa,Saadon Muah dan wakil Adun Sungai Pinang, Tan Chee Geap di Dewan Sri Kayangan, Batu 10 Kapar. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir.
Dalam majlis itu, Rodziah turut menasihatkan waris penerima agar menggunakan wang yang diberikan sebaik mungkin. “Saya menasihatkan supaya penerima mengambil ianya dengan penuh rasa tanggungjawab.Ianya adalah untuk memberikan yang terbaik pertama kita fikir tentang arwah itu dulu, yang keduannya ialah kalau ada lebihan dan sebagainya ia sepatutnya diberikan semula sebagai untuk membantu meringankan keluarga jika mereka ada benda yang terhutang dan sebagainya.Itu yang lebih penting”,katanya. Sementara itu, rata-rata waris yang menerima bantuan skim mesra usia emas ini melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri Selangor. Menurut mereka, bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka terutama dalam menguruskan pengebumiaan si mati.
“Duit ini untuk buat kenduri arwahlah...buat korban.dapat lah buat umrah bagi orang pergi umrah”,katanya. Perasaan bersyukur turut dilahirkan Logeswary A/P Gopal dari Pekan Kapar, Klang. “Saya bagi kepada mak sayalah...apa yang dia nak buat,buatlah.ini untuk mak sayalah kerana duit ini untuk bapa”,katanya.
sumber: tvselangor

Data Dr. Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS ?

Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan. Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.
Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu. “Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya. Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”. Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka. Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya. Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi. Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran, pimpinan, strategi politik dan ideologi parti itu sendiri. Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas, kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu. Selain itu, sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti. Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog, jurnal dan juga facebook terhadap parti ini. Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.
Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini. Selain itu kajian Dr Abu Hasan menunjukkan, tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar. Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan, Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat.
sumber: malaysiakini

Kepimpinan HADI jadi isu PANAS !

Seperti dijangka, seminar politik PAS hari ini panas dengan isu kepemimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik keras seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini.
Dalam sesi 'percambahan minda' yang melibatkan Dr Abdul Aziz sendiri, pandangannya di Sinar Harian bulan lepas dan wawancara dengan Malaysiakini semalam yang mengkritik pedas kepemimpinan Abdul Hadi menimbulkan pelbagai reaksi daripada peserta. Peserta yang jelas tidak berpuas hati dengan Dr Abdul Aziz termasuklah pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik yang berkata beliau "tidak dapat melihat muka" pakar undang-undang perlembagaan itu di seminar hari ini. "Beliau kena jawab dengan tegas. Saya sendiri rasa tidak hendak tengok muka profesor. Bukan tidak hendak tengok (terus), tetapi hari ini sahaja. "Semua orang tidak mahu Umno," katanya, menjawab tuduhan ada pemimpin parti itu ingin bekerjasama dengan musuh politik tradisinya itu. Abu Bakar juga mempersoalkan penjelasan Dr Abdul Aziz sebelum itu yang meminta peserta tidak memfokuskan kepada analisis pilihan rayanya semata-mata kerana ia dibuat dalam ruang lingkup ke arah pembentukan sistem dua parti di Malaysia. "Kenapa? Secara jelas (hendak) jadi ejen Barat apabila paksa kita ikut sistem dua parti. Kalau tidak ejen Barat pun, ejen nafsu dia. Turun, jadi orang politik!" cabarnya, disambut takbir sebahagian peserta. Terdapat juga beberapa peserta yang bangun meminta Dr Abdul Aziz membuktikan dakwaannya bahawa Abdul Hadi kini "Pak Lah versi PAS" dan "sudah kehilangan stim" seperti diterbitkan di akhbar web ini, semalam. Malah ada yang menuntut Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana didakwa merendahkan-rendahkan seorang ulama Islam, yakni Abdul Hadi. Ahli akademik yang dilihat rapat dengan pembangkang itu juga dicabar mendedahkan sumbernya yang memberikan maklumat parti kepadanya.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pensyarah kajian media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut membentangkan pandangan dalam sesi pagi tadi. Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz yang kelihatan enggan mengulangi lagi kritikannya di media itu dipertahankan oleh Dr Abu Hassan yang meminta semua peserta bersikap terbuka terhadap tanggapan yang dilontarkan. Mengakui analisis Dr Abdul Aziz itu selari dengan tinjauannya mengenai kepercayaan politik, termasuk terhadap PAS, Dr Abu Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap beberapa peserta melepaskan geram kepada pembentang. "Seminar politik sebegini diadakan buat kali pertama dalam sejalah politik negara. Masalah sepatutnya diselesaikan dengan intelektual, bukan dengan perbalahan.
"Kenapa datang dengan soalan yang tersedia dari rumah, kemudian marah kepada pembentang. (Sikap) ini primitif. Yang hendak dibincangkan, (soal) kecerdikan politik. "Kita kena tahu di kurun apa kita berada. (Zaman) ini bukan abad ke-13,” katanya, kali ini disambut tepukan gemuruh, tidak seperti kebiasaan penyokong PAS yang gemar bertakbir. Malah, setiap komen yang mengkritik kepemimpinan PAS dan kerajaan perpaduan sering disulam tepukan peserta, berbeza dengan reaksi terhadap pandangan yang mempertahankannya. Sementara itu sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai bukti atau "ubat" untuk memantapkan PAS. "Soal label pro-Umno, masuk Umno (yang dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan), ada atau tidak, tuan kena cari sendiri. Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?" katanya. Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS - jika mampu, termasuk Abdul Hadi - bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu. "Saya pun bukan menuduh, (isu) ini bukan (kes) jenayah. Saya tidak hina, saya cuma menyebut prestasi seorang presiden (parti). "Saya tidak kritik peribadinya (Abdul Hadi) sebagai seorang ulama. Siapa saya hendak persoalkan? Saya tidak ada niat langsung," jelasnya. Secara sinis beliau berkata, bermula Isnin ini beliau tidak akan menulis lagi tentang parti itu sebaliknya akan memfokuskan kepada konflik dalaman MCA pula. "Saya sudah tulis sudah banyak kali. Ada tiga artikel saya yang keluar daripada kebiasaan saya (menulis soal perlembagaan). Lepas ini, saya tidak buat perkara ini.
"Saya tidak akan sentuh lagi PAS. Saya buat (analisis) MCA pula," katanya.
Selain Abu Bakar, pemimpin yang tidak selesa dengan pandangan ahli akademik itu termasuklah Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad. Manakala ahli jawatankuasa Muslimat PAS Aiman Athirah condong kepada analisis Dr Abdul Aziz.
sumber: malaysiakini

HADIAH JAMBATAN UNTUK DAPAT PROJEK BESAR - Ini Kes Bunuh Bukan Kes Hadiah Atau RASUAH !

SIASATAN AWAL PAKATAN RAKYAT – JAMBATAN GANTUNG DIBUAT SECARA HARAM – malaysian insider
The collapsed suspension bridge in Kuala Dipang that caused the deaths of three schoolchildren recently had been an illegal structure, Pakatan Rakyat’s ad hoc task force revealed today. Task force member Teja assemblyman Chang Lih Kang told a press conference this afternoon that no application had ever been sent to the Kampar district council to seek approval before the bridge was built. The bridge, he added, was worth about RM40,000 and had been constructed by a private company based in Kuala Lumpur as a contribution to the district education office. KAH KAH KAH…
woit… BARU BOCOR CERITA… kah kah kah..
RUPA RUPANYA… JAMBATAN INI HADIAH…kah kah kah..
INI PELABURAN AWAL… kah kah kah…
HADIAHKAN JAMBATAN DULU…. KEMUDIAN MINTA PROJEK…. kah kah kah…
SYARIKAT DI KUALA LUMPUR INI APA NAMANYA?... kah kah kah..
SATU MALAYSIA NAK TAHU NAMA SYARIKAT INI… kah kah kah..
INI BUKAN HADIAH RASUAH… INI KES BUNUH….kah kah kah…
sumber: tukartiub

Saturday, November 7, 2009

Yang Telus Nak Disiasat - Istana Khir Toyo Bila Lagi??

Agenda siapa menyebabkan SPRM bertandang lagi ke Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
Sudah kali kedua SPRM datang Ke PMBK.Kali pertama tak ada kes. Persoalannya mengapa SPRM datang lagi. Atau mungkin SPRM disurat layang lagi oleh seseorang yang tak berpuas hati dengan result kali yang pertama. Semua maklum TGNA sendiri adalah pengerusi di PMBK.. siapakah yang teringin sangat melihat PMBK yang diterajui sendiri oleh TGNA diziarah beribu kali oleh SPRM dalam setahun.Siapakah yang sebenarnya ingin melihat kepimpinan TGNA dilihat begitu lemah sehingga SPRM terpaksa menyiasat dan campur tangan.. SPRM tak datang kalau tiada apa-apa yang disampaikan padanya. Betul salah itu belakang kira. Pokok pangkalnya benda yang disampaikan itu perlu disiasat. Bagi kita orang biasa, 1000 kali SPRM nak siasatpun tak apa, tapi bagi sebuah jabatan yang dinaungi sendiri oleh TGNA amatlah tidak wajar untuk itu..-
sumber: tekong manjung

Makhamah Rayuan TOLAK Permohonan DS Anwar ?

Perkembangan terbaru, kes fitnah Anwar Ibrahim. Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwaraya menyerahkan bukti kes kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Anwar dalam permohonannya menegaskan bukti-bukti yang enggan diserahkan pasukan pendakwaraya adalah bukti penting yang dapat membantu pembelaannya.
“Rayuan pendakwaan dibenarkan dan perintah Yang Arif Datuk Zabidin supaya pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen itu telah diketepikan. Bagi kita ini satu keputusan yang sangat mengecewakan sebab ini bermaksud perbicaraan atau kes ini akan mengikut pendekatan yang tidak telus, bagi kita tidak ikut lunas undang-undang. Dan di mana kita kata ada seksyen 51A yang sekarang memerlukan satu perbicaraan yang telus di mana dokumen dibagi awal untuk persiapan pembelaan, satu proses yang adil seperti yang inilah tujuan Parlimen apabila ini diluluskan tahun 2007 tapi malangnya dengan keputusan ini kita nampak perubahan yang dibuat di 2007 tidak dapat jadi satu hakikat, khususnya dalam kes kita, kes Datuk Seri Anwar”, kata Peguam bela Anwar, Sivarasa Rasiah. Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pasukan pendakwaraya menyerahkan beberapa bahan bukti termasuk sedutan video lokasi kejadian dan laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah Tinggi juga mengarahkan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada pasukan pembelaan. Laporan ini dikatakan antara 3 laporan perubatan yang mendapati tiada kesan liwat pada dubur Saiful Bukhari Azlan. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan hari ini menerima rayuan pasukan pendakwaraya yang enggan menyerahkan bukti-bukti ini kepada Anwar. Panel tiga hakim terdiri dari Hakim Hasan Lah, Hakim Abu Samah Nordin dan Hakim Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar memohon spesimen DNA dalam simpanan pasukan pendakwraya. Pasukan peguambela bagaimanapun tidak berputus-asa dan akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
“Kita akan buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan kita harap ini akan dibetulkan di peringkat Mahkamah Persekutuan, rayuan itu akan dimasukkan secepat mungkin”, katanya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
sumber: tvselangor

Pilihanraya Kecil LAGI ?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan Khamis depan untuk mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat Kota Siputeh.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan tarikh tersebut selepas peguam kedua-dua pihak meminta mahkamah mendengar dan menyelesaikan kes itu sebelum sidang DUN Kedah bermula 17 Nov ini. Peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili Abu Hassan, dalam hujahnya berkata nasib anak guamnya berada di hujung tanduk apabila Speaker tidak lagi mengiktiraf Abu Hassan sebagai wakil rakyat dan dia dilarang menghadiri sidang DUN itu. "Semalam, Speaker menghantar surat kepada anak guam saya dengan memaklumkan bahawa dia tidak diiktiraf sebagai wakil rakyat Kota Siputeh kerana alasan yang tercatat dalam permohonan semakan kehakiman.
"Isu ini perlu diperjelaskan dan kami akan memfailkan afidavit kami secepat mungkin," katanya. Hafarizam mencadangkan jika kes itu gagal diselesaikan sebelum 17 Nov ini, Speaker harus memberi jaminan kepada mahkamah bahawa dia tidak akan menghalang responden (Abu Hassan) daripada menghadiri sidang DUN dan kerusi DUN Kota Siputeh tidak kosong sehingga mahkamah membuat keputusan.
sumber: tekong manjung

Topeng Menutup RASUAH Yang Menakutkan !

JAWATANKUASA MASJID KENA TINDAKAN
Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid. "Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat. KAH KAH KAH… kah kah kah… INI FATWA MANA NI?
kah kah kah….BUNYI MACAM FATWA AL-MALIKUL SEMBAB
woit… INI FATWA AGAMA YANG TELAH DIGEROMBOLANKAN sumber: tukartiub

Benar Kah Tertuduh Dihukum GANTUNG ??

Kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu sedikit masa dulu telah menggemparkan seantero dunia. Nama Malaysia telah dicemari gara-gara sikap dan jenayah yang dilakukan oleh segelintir manusia yang sebenarnya tidak berperikemanusiaan.
Ramai yang terkejut dengan berita terkutuk itu. Tambah menyedihkan ialah pembunuhan itu dilakukan secara terperinci dan mayatnya diletupkan bagi tujuan untuk menghilangkan segala bukti. Namun, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Letupan terhadap mayat yang amat dasyat menggunakan bom "C4" itu telah berjaya juga dihidu dan dikesan oleh pihak polis selepas menerima aduan daripada orang yang berkenaan. Hasilnya, penemuan serpihan tulang mangsa disiasat dan mulalah penangkapan demi penangkapan berlaku. Kelihatan pihak polis begitu telus dan profesional menjalankan tugas mereka, hingga berjaya menjejaki dalang disebalik kejadian ngeri tersebut. Akhirnya, tertuduh dibicarakan dan akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Namun, soalnya sekarang terdapatnya terlalu banyak kemusyiklan dan keraguan terhadap kes berprofail tinggi seperti ini. Ramai yang terkejut dengan adengan sandiwara kes pembunuhan ini sebenarnya. Apa tidaknya, tertuduh yang dijatuhkan hukuman itu adalah dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK), iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar. Tambah mengejutkan mereka juga adalah pegawai pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Kedua mereka dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, sedangkan dalam masa yang lain "individu yang mengarahkan" mereka membunuh langsung tidak dikenakan tindakan. Malah, pihak polis tidak pula menyiasat siapakah "sutradara" yang menyiapkan skrip pembunuhan terbabi. Bukankah ini sesuatu yang amat mengejutkan kita sebenarnya. Jika tertuduh adalah Botak Chin, Mona Fendi, Bentong Kali atau ramai lagi pembunuh bersiri , maka mungkin ia boleh diterima dan masuk dek akal sebenarnya. Namun Azilah dan Sirul adalah anggota polis UTK dan bukan pembunuh bersiri. Malah, umum mengetahui bahawa polis UTK hanya akan menjalankan tugas mengikut arahan ketua mereka.
Siapa Sebenarnya Yang Mengarahkan Tertuduh ? Maka itulah, timbulnya keraguan yang munasabah siapakah sebenarnya yang mengarahkan mereka melakukan tindakan kejam tersebut. Apakah Razak Baginda? atau ada orang lain dibelakang tabir sebalik kejadian misteri ini. Anehnya, mahkamah seolah-olah mendapat arahan pula untuk mengiyakan bahawa tidak ada orang lain yang terlibat dan kedua-dua tertuduh mungkin membunuh Altantunya dengan "sukarela" tanpa mengenali wanita Monggolia tersebut. Inilah yang dikatakan misteri sebenarnya, sama juga dengan kes pembunuhan pragawati Noritta Shamsuddin beberapa tahun sebelum itu. Tertuduh, Haneef Basree dibebaskan dan hingga ke hari ini tidak ada mereka yang ditangkap serta dituduh membunuh Noritta. Apa yang ada, pihak polis hanya mengumumkan terdapatnya "lembaga misteri" yang membunuh pragawati tersebut. Apakah cukup dengan penjelasan seperti ini?. Begitu juga dengan kes Altantunya, apakah cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Sirul dan Azilah membunuh tanpa ada arahan oleh pihak tertentu? Kenapa pihak polis tidak menyiasat perkara ini dengan telus dan adil untuk keluarga si mati?. Tambah menyedihkan, Ketua Pendakwaraya kes berkenaan, Tun Majid Tun Hamzah pula berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu. Soalnya, benarkah tiada orang lain yang terlibat?. Atau beliau juga terpaksa mengikut skrip yang telah ditetapkan untuk membenarkan misteri ini terus menjadi tanda tanya?.
Wajarkah Tertuduh Membunuh Tanpa Sebab ? Persoalan besar yang menghantui rakyat sekarang ialah siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh itu sebenarnya?. Wajarkah Sirul dan Azilah dituduh membunuh tanpa sebab? Kenapa siasatan lanjut hingga ke akar umbi dihentikan. Malah, pembebasan Razak Baginda yang dipercayai rapat dengan pemimpin tertentu juga menimbulkan banyak keraguan. Dalam perbicaraan yang dijalankan, memang terdapat hujahan berkaitan dengan desakan yang dibuat oleh Altantunya tentang komisyen yang sepatutnya beliau perolehi daripada pihak-pihak tertentu. Malah ia diakui di mahkamah, namun kenapa perkara ini tidak diselidik dengan rapi. Kenapa Altantunya meminta wang daripada pihak terbabit? Apakah sumbangan yang telah dilakukannya?. Malah, rekod perjalanannya ke negara ini juga dipercayai telah hilang. Siapakah yang mengarah pihak imigresen menghilangkan rekod tersebut. Jika tiada rekod kemasukannya, kenapa pula beliau boleh berada di Malaysia untuk beberapa hari dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa?. Malah, kehadirannya ke negara ini juga diikuti oleh sepupunya sehinggalah ke hari beliau mati dibunuh. Ini bermakna misi kedatangan beliau ke negara ini ialah untuk mengambil sesuatu dalam bentuk wang ringgit daripada pihak tertentu. Kenapakah perkara ini tidak dibongkarkan?. Wajarkan kematian Altantunya dikatakan "mati tanpa sebab", dan pihak yang membunuhnya juga "membunuh tanpa sebab"?. Apakah jawapan ini yang mahu ditanamkan dalam hati setiap rakyat. Sedangkan satu dunia sudah mengetahui kes ini. Kenapakah ia terus disembunyikan daripada pengetahuan umum?. Apakah rakyat perlu terus diperbodohkan dengan satu tindakan tidak berperikemanusian segelintir manusia yang bertopengkan binatang. Demi kuasa, mereka sanggup lakukan apa sahaja sebenarnya. Kasihan benar melihat anak yang kehilangan ibunya gara-gara kejadian ini. Altantunya bukanlah cacing yang boleh dicincang sesuka hati. Dia adalah manusia yang perlukan pembelaan secara adil dan saksama !!
Benarkah Tertuduh Ke Tali Gantung Agaknya ? Persoalan inilah yang banyak bermain dihati dan fikiran rakyat sekarang ini. Ramai dikalangan mereka yang tidak yakin lagi dengan sistem undang-undang dan kehakiman di negara kita. Kerana kuasa, yang jelas salah jadi betul dan yang betul dipersalahkan. Keadilan diperkotak-katikan oleh beberapa kerat manusia yang gila berkuasa dan takut untuk dihumbankan oleh suara rakyat. Benarkah Sirul dan Azilah bakal dihukum gantung mengikut keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah agaknya?. Bagi kita yang berada diluar, mungkin terfikir sedemikian rupa. Namun, harus diingat bahawa kedua-dua mereka telah menyumbangkan jasa yang cukup besar bagi menyelamatkan pihak-pihak tertentu. Maka, apakah mereka akan ditamatkan riwayatnya begitu sahaja sedangkan berbagai kaedah boleh digunakan untuk memastikan jasad mereka terus bernyawa. Antara langkah awal ialah memastikan kedua-dua mereka tidak dikenali oleh masyarakat umum. Caranya ialah dengan memakaikan topeng "ala ninja" setiap kali dibawa ke mahkamah ketika perbicaraan berjalan. Kononnya dengan cara ini, jika pun mereka digantung di penjara tidak siapa yang akan tahu. Melainkan jika mereka digantung "ala Saddam Hussein" yang disaksikan oleh jutaan manusia dari seluruh dunia. Ada kemungkinan juga kedua mereka bakal dilepaskan mengikut pintu belakang dan diberikan "habuan" serta dihantar ke luar negara untuk beberapa tahun. Kemudian mereka boleh balik ke negara ini dengan berwajah dan nama baru. Ini boleh dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sedangkan selama ini mereka boleh menbuat kad pengenalan untuk pengundi hantu, masakan pula untuk membuat kad pengenalan baru kepada kedua tertuduh terbabit. Akhirnya mereka bebas kembali ke negara ini, tanpa dikenali oleh sesiapa pun. Tambahan pula jika mereka menyimpan jambang dan berimej "ala Osama Laden" selepas kembali ke Malaysia nanti. Bukankah akhirnya mereka semua iaitu pihak yang melakukan pembunuhan Altantunya ini akan bebas sebebasnya tanpa perlu risau dan gundah gulana lagi. Maka itulah sebagai rakyat, kita harus memikirkan perkara ini secara rasional dan waras. Spekulasi sebegini biar pun tidak disenangi oleh pihak tertentu, namun kemungkinan besar juga ia boleh berlaku. Malah, ada kemungkinan yang digantung adalah banduan lain yang memang menanti hukuman tersebut dan bukan mereka sebenarnya. Malah, tidak ada sesiapa pun dikalangan kita yang bakal melihat hukuman tersebut dijalankan dan mengesahkan mereka adalah Sirul dan Azilah yang asli.
[Banyak keraguan dan kemusykilan dalam kes ini sebenarnya. Biarpun mahkamah telah membuat keputusan, namun keputusan tersebut boleh dipertikaikan dan jelas tidak mencerminkan keadilan yang sepatutnya. Mana mungkin orang yang mengarahkan tertuduh membunuh boleh terlepas daripada hukuman. Jelas sekali pengakuan Sirul dan Azilah bahawa mereka adalah "kambing hitam" ketika di mahkamah kian terbukti sebenarnya. Ternyata mereka tidak wajar dipersalahkan 100%, kerana mereka melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh ketua mereka. Soalnya kenapa orang yang memberi arahan mahu disembunyikan. Apakah ini caranya amalah penyiasat polis yang dilakukan di Malaysia. Menyiasat untuk menutup bukti, bukan menyiasat untuk mencari bukti kes. Samalah dengan kes pembunuhan lain yang berlaku mutakhir ini iaitu Mendiang Teoh Beng Hock dan sebagainya. Siasatan dan tugas pihak terbabit ialah memadamkan bukti dan bukannya mencari bukti siapakah pembunuh sebenar. Oleh itu, kes pembunuhan Altantunya ini wajar dibuka semula bagi meyakinkan segenap lapisan rakyat tentang integriti badan kehakiman serta perundangan di negara kita].
sumber: pahangdailyonline