Followers

Tuesday, November 10, 2009

KAMI MENYEDIAKAN BOMOH DAN PAWANG

Ada diberitahu seantero dunia
kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat rawatan buwasir, kurang selera makan, kurap, panau, kayap,
datang haid tidak menentu, resdung, kanser, burut,
untut, tidur berdengkor, kencing atas tilam,
kencing dalam sinki dan kencing berdiri.
Kami juga membeli besi buruk, surat khabar lama, surat pajak gadai, lawatan ke langkawi, menyedikan pakej memacing di tasik kenyir , lawatan ke golok dan pakej umrah sambil melawat jordan, turki dan cairo.
Kami sedia menerima tempahan membuat pelamin, tempahan khemah
dan kanopi, kereta sewa, membeli kelapa muda dan menjual santan.
Kami menyedikan buah kurma nabi pada bulan puasa.
Kami menyediakan unta, lembu dan kambing untuk hari raya haji.
Kami juga adalah ajen untuk topup kad talipon maxiz dan celkom.
Kami juga sedia menerima tempahan untuk membuat rendang,
lemang dan ketupat.
Dengan bangganya kami juga menyediakan khidmat
dukun , pawang dan tukang urut untuk sesiapa yang lemah tenaga batin.
Kami adalah syarikat seratus peratus perniagaan bumiputera islam.
Kami berdaftar dengan kementerian perdagangan dan jabatan kerja raya.
Kami juga amat bersedia untuk menerima tempahan untuk membuat
jambatan buluh, jambatan kayu, jambatan besi , jambatan gantung
dan jambatan runtuh.
sumber: tukartiub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.