Followers

Friday, December 11, 2015

Zaid Ibrahim ramal Muhyiddin tidak kekal lama - Khairil Ashraf


Zaid-Ibrahim_muhyiddin_umno_600

Jika mengikut sejarah UMNO, mereka yang menentang Presiden akan dipecat daripada parti.
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim meramalkan Muhyiddin Yassin tidak akan kekal lama sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Bekas menteri undang-undang itu menjelaskan, sejarah parti itu menunjukkan mereka yang menentang Presiden akan dipecat daripada parti.

“Kerana it cara bagaimana parti itu (UMNO) diuruskan. Para pemipin cenderung untuk berkelakuan dengan cara itu.

“”Mereka tidak dapat menerima kritikan, mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Saya dipecat daripada UMNO kerana pandangan saya tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya dalam satu wawancara khas bersama Free Malaysia Today di kediamannya.

Menurutnya, UMNO bukan merupakan sebuah parti yang matang, progresif, moden dan demokratik dan beliau turut berasa ragu-ragu bahawa parti itu akan berubah.

“Itu sebabnya anda mempunyai menteri-menteri dan pemimpin UMNO yang sentiasa memuji Najib kerana itu cara mereka hidup. Mereka mungkin tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kecuali dengan menyokong Presiden,” jelasnya.

Zaid yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu turut menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti diktator.
Beliau berkata, ini kerana ahli-ahli dalam UMNO tidak boleh mencabar Presiden Parti terbabit iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Khairy (Jamaluddin) menyokong diktator..tetapi kerana dia fikir dia akan berjaya satu hari nanti, (sebab itu) dia berkelakuan seperti itu. UMNO adalah diktator,” jelasnya.

Menurutnya, ada sesetengah pemimpin UMNO buta mengenai perkara itu dan ada sesetengahnya menerimanya, terutama yang bijak seperti Ketua Pemuda UMNO.

“Tetapi mereka fikir itu merupakan cara bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.