Followers

Thursday, December 17, 2015

Siapa pihak atasan yang bodoh sombong tu haa?


Alahaai.....bodohnya mereka ini! Membantu orang yang dalam kesusahan pun kena ikut fahaman politik ke?

Baghal punya kepala daa..........

Unit Amal PAS dihalau keluar pusat pemindahan, silaturahim Umno ‘omong kosong’ TMI - Published: 17 December 2015

PM Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.

Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup. Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

"Mula-mula datuk pegawai daerah, yang dipertua Majlis Perbandaran Klang, pegawai bomba dan exco terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan saya supaya kita berkemas petang semalam atas desakan Umno itu.

"Ada yang hampir menangis dengan keputusan saya itu. Namun selepas itu, masing-masing nampak impak keputusan itu, atau 'the big picture' yang cuba saya ketengahkan," kata Dr Rani. Pusat pemindahan mangsa banjir itu dibuka di sebuah sekolah yang ditadbir kerajaan persekutuan manakala Unit Amal ialah badan sukarela bawah PAS.

Sejak banjir melanda Selangor kelmarin, unit itu dengan kerjasama Dr Rani menjadi badan pertama yang menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa banjir. Sebanyak 52 keluarga mangsa dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke sekolah berkenaan.

Unit tersebut menyediakan khemah di dalam dewan sekolah itu bagi membolehkan mangsa banjir tinggal di situ dengan selesa dan menyediakan makanan untuk mereka 3 kali sehari.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mangsa banjir itu semalam dikatakan melahirkan perasaan bangga dengan kemudahan disediakan untuk mangsa, menyatakan ia setaraf dengan apa dibuat di negara maju.

Ketua Kampung Meru Thaifor Noor berkata insiden diarahkan keluar itu berlaku ketika mereka menunggu ketibaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim yang sepatutnya tiba ke pusat perpindahan itu jam 1 tengah hari semalam. "Namun menteri tidak tiba sehingga jam 2 petang. Selepas itulah kami diberitahu mereka marah kerana kami seolah-olah menjaga pusat pemindahan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris yang kesal dengan kejadian itu berkata, kejadian itu membuktikan cakap-cakap Umno akan bekerjasama dengan PAS hanya omong kosong.

"Tindakan ini juga menjawab persoalan tentang PAS akan bergabung dengan Umno," kata Nazree dalam satu kenyataan, mengulas kejadian itu dan mengaitkannya dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.

"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap. "Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.

Beliau kesal dengan tindakan Umno Kapar yang didakwanya mempergunakan kuasa mereka di peringkat persekutuan untuk mengusir anggota Unit Amal yang berhari-hari membantu mangsa banjir di sekolah di Meru itu. "Kerana mahu mengejar nama dan 'political mileage', apa saja halal bagi Umno.

Tidak adakah perasaan malu menumpang populariti atas usaha orang lain? "Namun ini tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana kebobrokan Umno sudah lama kita ketahui," katanya. –

17 Disember, 2015.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.