Followers

Wednesday, December 23, 2015

Senator BN minta Najib dengar bantahan RUU MKN Blake Chen


Senator-Suhaimi-Abdullah

Senator UMNO bimbang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara akan disalahguna

KUALA LUMPUR: Senator Suhaimi Abdullah dari Barisan Nasional menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil kira suara bangkangan dalam Dewan Negara yang bimbang dengan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Suhaimi berkata beliau juga amat takut undang-undang yang dicadangkan itu akan disalahguna.

“Saya ahli Umno dan saya juga bimbang,” katanya semasa para senator membahaskan RUU MKN pada Selasa.

“Saya menggesa Putrajaya supaya mendengar suara kita dan pertimbang kebimbangan kita. Saya yakin RUU MKN ini telah difikirkan secara mendalam. 

Saya tidak mahu mengulangi soalan-soalan yang telah diutarakan oleh rakan-rakan, tetapi dengarlah suara kami.”

Sementara itu, beliau turut memuji para senator BN yang menurutnya pembahas yang lebih baik dari senator pembangkang.

Minggu lalu, Suhaimi menyanggah laporan berita yang mendakwa para senator BN secara sengaja mengelak mesyuarat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang RUU MKN.

Suhaimi berkata mereka tidak dijemput ke mesyuarat itu.

Beliau memberitahu Dewan Negara bahawa laporan itu salah dan telah memfitnah perwakilan dari pakatan pemerintah.

“Laporan itu mengatakan kesemua 55 senator tidak hadir kerana kita takut berdepan dengan rakyat, walhal kita tidak dijemput sama-sekali,” katanya.


“Jika kita dijemput, pasti kami hadir.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.