Followers

Monday, December 21, 2015

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik, kata anak OLEH KC NAZARI

Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.

Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman.

Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.

"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya.

Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.

"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.

Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.

Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.

Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.

Menurut Liu, beliau dan Otai Reformis akan bertemu pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk tujuan itu.

Cadangan Liu itu disokong Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang turut berucap pada majlis sama.

"Saya yakin Anwar berhak dicalonkan sebagai calon Hadiah Nobel Keamanan. Saya harap ini tidak tinggal kata-kata sahaja dan kita melakukan sesuatu untuk memungkinkannya.

"Dengan pencalonan ini, harapnya suara saudara Anwar lebih terdengar," katanya.

Kempen March 2 Freedom yang menuntut pembebasan Anwar itu turut mendapat sokongan daripada Amnesty International, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu, Bersih 2.0 dan Majlis Peguam. – 21 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik, kata anak

Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Disember, 2015.Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Disember, 2015.
Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman. Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.

"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan  perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya. Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.
"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.
Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.
Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.
Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.
Menurut Liu, beliau dan Otai Reformis akan bertemu pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk tujuan itu.
Cadangan Liu itu disokong Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang turut berucap pada majlis sama.
"Saya yakin Anwar berhak dicalonkan sebagai calon Hadiah Nobel Keamanan. Saya harap ini tidak tinggal kata-kata sahaja dan kita melakukan sesuatu untuk memungkinkannya.
"Dengan pencalonan ini, harapnya suara saudara Anwar lebih terdengar," katanya.
Kempen March 2 Freedom yang menuntut pembebasan Anwar itu turut mendapat sokongan daripada Amnesty International, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu, Bersih 2.0 dan Majlis Peguam. – 21 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parti-pemerintah-tidak-pernah-nafi-anwar-tahanan-politik-kata-anak#sthash.jCXZ7qxR.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.