Followers

Wednesday, December 16, 2015

Pakar beri amaran henti perlombongan bauksit pada musim hujan FMT Reporters


bauksit

Adun Sungai Lembing yang menyokong perlombongan bauksit turut menggesa perlombongan dihentikan ketika musim hujan kerana ia akan mengancam keselamatan pekerja.

KUANTAN: Dua pakar akademik khuatir aktiviti perlombongan bauksit pada musim hujan di Pahang boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada alam sekitar.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Geoteknikal dan Infrastruktur Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Muzamir Hasan menggesa agar kegiatan perlombongan bauksit dihentikan sementara pada musim hujan kerana boleh menyebabkan banjir lumpur, tanah runtuh serta banjir yang lebih buruk.

“Bukit Goh, kawasan yang paling banyak dilombong pula berhadapan risiko gerakan tanah kerana ia kawasan berbukit dengan tanah laterit yang kurang padat.

“Lebih teruk, kawasan perlombongan tersebut juga berhampiran dengan kawasan penduduk dan sungai,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed pula berkata, hujan lebat akan menghanyutkan lebih banyak mendapan daripada kawasan perlombongan ke dalam sungai, menyebabkannya menjadi cetek dan seterusnya meningkatkan risiko banjir.

Menurut laporan The Star sebelum ini, Jabatan Metereologi meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan melanda Terengganu, Pahang, Johor dan kawasan barat Sarawak.

Sementara itu, Adun Sungai Lembing Md Sohaimi Mohamed Shah yang menyokong perlombongan bauksit sebelum ini turut menggesa perlombongan dihentikan ketika musim hujan.

Ini kerana hujan lebat akan mengancam keselamatan pekerja di kawasan perlombongan, katanya lagi.
Kerajaan Pahang sebelum ini membenarkan perlombongan diteruskan dan berkata ia menjadi sumber pendapatan ramai penduduk negeri itu.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.