HALAMAN HIBURAN
SHAH ALAM - Penyanyi Siti Nordiana mengakhiri teka-teki program Gegar Vaganza musim kedua apabila menepati ramalan menjuarai program berkenaan sebentar tadi.
Nana, 31, yang membawa lagu berjudul Putus Terpaksa dan Awak Kat Mana
membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian ke
Madrid, Sepanyol berjumlah RM30,000, sebuah trofi dan rakaman sebuah
single baharu.
Nana yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan turut memenangi
kategori Persembahan Pilihan Penonton dengan membawa pulang hadiah wang
tunai sejumlah RM5,000.
Tempat kedua disandang oleh Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang
tunai bernilai RM50,000 berserta sebuah trofi dan pakej percutian.
Ezad Lazim pula yang membawa lagu Nur Nilam Sari dan Apa Khabar
memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai
berjumlah RM30,000, sebuah trofi dan pakej percutian.
Nassier Wahab pula memenangi tempat keempat dengan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, sebuah trofi dan pakej percutian.
Manakala Acong dan Haiza hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan
keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai
RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.
Sistem permarkahan diadili seratus peratus oleh empat juri iaitu Datuk
Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Datuk Jamal
Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.
SITI NORDIANA BERSAMA ANAKNYA |
Kesimpulan:
Cuba fikir-fikir balik, apa faedahnya program hiburan ini untuk pembangunan negara dan ke mana arahnya, dari segi..
- fizikal dan spiritual,
- dunia wal akhirat,
- faedah untuk kehidupan beragama bagi semua agama-agama di Malaysia,
- pembinaan generasi muda berakhlak mulia dan berperadaban,
- sesuikah dengan perlembagan Malaysia, Islam agama bagi Persekutuan.
- dan lain-lain.
Beginilah bentuk kerajaan UMNO/BN membawa rakyatnya, ke mana arah masa depan negara? Apa jawapannya?
Tak tentu arah!!
Ibnu Hasyim
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.