Followers

Thursday, December 3, 2015

Nasib 9 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang lagi dua minggu Adam Abu Bakar


Kamarul-Azman_umno-team_600

Mereka disoal siasat Lembaga Displin UMNO selama empat jam sejak 2.30 petang 

KUALA LUMPUR: Nasib 9 Ketua UMNO Cawangan Bahagian Teluk Kemang yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO akan diketahui dalam masa dua minggu.
Mereka disoal siasat Lembaga Displin UMNO selama empat jam sejak 2.30 petang.

Ketua UMNO Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang juga jurucakap kumpulan berpuas hati dengan pertemuan itu.

“Kami difahamkan dalam tempoh dua minggu lagi (keputusan lembaga disiplin). Mereka menjalankan tugas dengan profesionalism yang tinggi.

“Kami ditanya tentang beberapa perkara yang menyebabkan kami ambil keputusan untuk adakan sidang media dan seterusnya meminta Najib meletakkan jawatan,” ujarnya dalam sidang media di Riverside, PWTC pada petang Rabu.

Sebelum itu, kehadiran 9 Ketua UMNO Cawangan di Menara Dato’ Onn disambut oleh kira-kira 50 orang penyokong. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir memberi sokongan moral.

“Apa yang kami lakukan berlandaskan kepada cinta pada parti dan bukan dengan niat lain. Kami ingin melihat supaya UMNO terus diterima oleh masyarakat dalam pilihanraya akan datang,” kata Kamarul.

Meskipun mereka mencintai parti, Kamarul dan 8 ahli kumpulannya itu nampaknya tidak mengetahui Perlembagaan UMNO melarang ahli mengadakan sidang media secara terbuka

“Pertuduhan kami bersangkut paut kesalahan mengadakan sidang media. Kami jelaskan bahawa sebenarnya Perlembagaan UMNO tidaklah difahami oleh semua ahli,” katanya lagi.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.