Timbalan Menteri kata pihaknya hanya mahu mengawal penggunaan vape, dan bukan mensabotaj industri itu
Hilmi menegaskan KKM tidak pernah mendakwa mahu mengharamkan rokok elektronik, atau vape.
“Kita hanya mengikut arahan dari kabinet. Kita hanya mahu mengawal vaping.
“Perkara ini sama seperti merokok, kamu tidak boleh merokok di tempat-tempat yang tidak diwartakan seperti dalam bangunan yang mempunyai pendingin hawa, sekolah-sekolah, hospital dan sebagainya,” kata Hilmi kepada pemberita di Parlimen pada Selasa.
Hilmi turut menafikan dakwaan KKM mahu mensabotaj industri vape.
“Kita hanya mahu mengawal vape sepertimana kita mengawal rokok, itu adalah keputusan kabinet. Kita tidak boleh menjual (vape) kepada golongan bawah umur dan sebagainya,” katanya.
Sebelum ini, New Straits Times melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan penggunaan rokok elektronik hukumnya adalah haram bagi penganut agama Islam.
Keputusan itu dicapai pada Isnin malam dalam mesyuarat yang mengkaji penggunaan vape dari aspek undang-undang syariah, perubatan dan sains, serta dari sudut pandang pembaziran dan budaya tidak sihat.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.