Followers
Thursday, December 3, 2015
Isu RM2.6b: Kenapa Najib kena tunggu Khamis
KUALA LUMPUR - "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai banyak peluang untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion yang menjadi tanya tanya seluruh rakyat negara ini, namun mengapa esok baru beliau mahu jelaskan?".
Demikian persoalan yang dibangkitkan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) memutuskan semua persoalan mengenai isu dana RM2.6 bilion hanya akan dijawab di Parlimen esok.
"Saya tidak letak harapan tinggi pada Najib. Beliau mempunyai banyak saluran (sebelum ini) untuk bersuara, kenapa baru esok baru nak jelaskan?
"Lainlah macam kami, kami susah mahu dapat liputan. Nak kena panggil media dulu baru boleh bercakap," kata Hamidah dalam wawancara bersama Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dipetik sebagai berkata, JPM memutuskan agar semua persoalan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri itu dikumpulkan dan dijawab pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.
"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir," ujar Azalina.
Namun ketika ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari tersebut, Azalina berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."
- sharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.