Seorang pengguna Facebook, Thomas Loh, meluahkan kekesalannya terhadap
tindakan sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam soal menerima
pesakit.
Dalam kejadian jam 5.30 petang, Thomas yang kebetulan lalu di Jalan
Pedada, Sibu ternampak satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang
membabitkan sebuah pasangan dan anak perempuan mereka.
Tanpa membuang masa, Thomas dengan segera pergi ke sebuah hospital swasta yang berdekatan dan memaklumkan kejadian berkenaan.
Malangnya, jururawat yang bertugas pada ketika itu dengan kejam
menegaskan ini adalah hospital swasta. Dia juga mempersoalkan siapa yang
akan menanggung kos perubatan selepas mangsa mendapatkan rawatan di
hospital mereka?
Jelas jururawat itu lagi, Hospital Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kes-kes seperti itu.
Terkedu dengan penjelasan tidak berperikemanusian jururawat itu, Thomas
mengutuk sekeras-kerasnya sikap hospital swasta yang hanya mementingkan
keuntungan berbanding menyelamatkan nyawa manusia.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.