Followers

Wednesday, December 30, 2015

Awang Adek dilapor enggan dicalon ganti Zeti FMT Reporters


Awang-Adek-Hussin_bnm_600

Tujuh individu dikatakan disenarai pendek untuk dilantik Gabenor Bank Negara yang baharu

PETALING JAYA: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dilaporkan menolak namanya untuk dicalonkan sebagai Gabenor Bank Negara bagi menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Duta Malaysia ke Amerika Syarikat itu dikatakan antara individu yang disebut-sebut bagi menggantikan Zeti.
“Beliau telah menyatakan tidak mahu menjadi calon bagi menggantikan tempat Zeti. Beliau selesa dengan jawatan sekarang,” lapor portal MalaysiaGazzete yang memetik sumber Putrajaya.

Awang Adek melepaskan jawatannya sebagai Penolong Gabenor pada 2001 selepas 16 tahun berkhidmat sejak 1985 untuk melibatkan diri secara aktif dalam politik.

Ketika itu beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Zeti bakal melepaskan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia pada April selepas menerajui Bank Pusat itu selama lima penggal sejak 2000.

Sumber Putrajaya seperti yang dilaporkan portal itu mengakui sukar untuk mencari pengganti Zeti biarpun banyak calon telah dinamakan.

“Selain rekod kecemerlangan Zeti, ekonomi Malaysia berhadapan dengan cabaran ketindaktentuan ketika ini,” kata sumber itu.

Tujuh nama lain yang dikatakan disenarai pendek untuk menggantikan Zeti ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah, tiga Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim Muhammad, Nor Shamsiah Yunus dan Sukhdave Singh.

Turut menjadi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr. Noor Azlan Ghazali.



 
Pada saya orang yang PALING LAYAK menggantikan Tan Sri Zeti Aziz adalah Dato Zamani Abdul Ghani bekas Asst. Gabernor Bank Negara itu sendiri..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.