Followers

Tuesday, December 22, 2015

Ali Tinju ditahan di bawah Akta Hasutan Faiz Zainudin


ali-tinju_sedition-act_polis_600_1Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 9 malam. 

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenal Ali Tinju ditahan di bawah Akta Hasutan pada Isnin malam.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kepada FMT kira-kira jam 9 malam.

Penahanan Ali Tinju dipercayai susulan tindakan dia bersama kumpulannya turun ke Kompleks Kota Raya pada Jumaat sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.

Pada Ahad, Kota Raya sekali lagi gempar dengan pergaduhan antara segerombolan lelaki dan para peniaga di kompleks itu. Ali Tinju menafikan pembabitannya dengan kejadian itu.

FMT diberitahu dia ditahan susulan laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan Sabtu lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.