KUALA
LUMPUR, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
menyifatkan UMNO tidak lagi menjadi parti untuk orang Melayu sebaliknya
ia berubah kepada parti Datuk Seri Najib Razak.
Katanya,
ini berikutan salah guna kuasa yang diamalkan presiden parti yang
bertindak membuang sesiapa sahaja ahli UMNO yang menegur beliau.
“Siapa saja yang tegur Perdana Menteri atau Presiden parti, dia dibuang.
“Seolah-olah
ini bukan parti UMNO tetapi menjadi Datuk Seri Najib. Saya tidak
menegur parti tetapi saya tegur Datuk Seri Najib,” katanya dalam satu
sidang media di ibu negara hari ini.
Menyingkap
sejarah krisis kemuncak UMNO pada tahun 1986 dan 1987, Tun Dr Mahathir
berkata walaupun UMNO menghadapi krisis ketika itu tetapi tiada siapa
yang dilarang untuk bercakap, bersuara serta berkempen dan ia berbeza
dengan keadaan sekarang.
“Saya tidak boleh berjumpa dengan ahli UMNO dan Menteri UMNO. Saya ahli UMNO, bekas Presiden.
“Begitu
juga Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beri dia bercakap sebab itu memang
tradisi kita. Timbalan Presiden ada hak berucap pada Perhimpunan Agung
UMNO.
“Muhyiddin tidak mengkritik parti, dia mengkritik Najib. Dan ini jelas membuktikan parti UMNO adalah parti Najib,” katanya. -ismaweb.
CELAH GELEGAR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.