Followers

Sunday, November 29, 2015

UMNO berada paling nazak dalam sejarah FMT Reporters

Saifuddin-Abdullah_pkr_umno_600

Pimpinan di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga turut menyebabkan BN berada dalam keadaan yang sama

Saifuddin-Abdullah_pkr_umno_600PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kemelut dalaman parti orang Melayu itu berada dalam keadaan paling teruk.

Katanya, pengalaman itu tidak pernah dilalui parti itu sejak ia diwujudkan puluhan tahun lalu.

Jelasnya, pimpinan di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadikannya nazak bukan setakat pada UMNO tetapi juga kepada Barisan Nasional (BN).

“Hari ini UMNO dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

“UMNO dan BN tidak pernah senazak ini,”katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, di Shah Alam.

Beliau yang juga bekas Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, melihat situasi yang berlaku menjadi faktor yang memihak kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun, beliau mengingatkan ia tidak akan tercapai sekiranya pembangkang bercakaran sesama sendi.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.