Followers

Saturday, November 28, 2015

PKR gesa 47 MP Sabah, S'wk Tubuh gagasan baru 926 Anne Muhammad


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa 47 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak keluar dari BN dan membentuk sebuah gagasan baru di negeri itu.

Ini kerana, kata beliau, kerajaan BN telah gagal untuk menghormati Perjanjian Malaysia 18 dan 20 perkara di kedua-dua negeri tersebut.

“Pada sidang parlimen yang lepas, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa perkara 18/20 tidak mengikat (non-binding) maka janji Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk menuntut Kerajaan Persekutuan menunaikannya, ianya hanyalah janji kosong dan sandiwara BN semata-mata.

“Jika hak dan kepentingan rakyat diutamakan, dan setelah 50 tahun menunggu pelbagai janji Kerajaan Persekutuan maka janganlah lepaskan peluang untuk menjuarakan hasrat rakyat dan peluang membangunkan potensi terpendam mampu menjadi kenyataan jika 47 ahli parlimen Sabah dan Sarawak wajib keluar BN dan tubuhkan satu gagasan baru di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Wan Azizah berkata demikian dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam hari ini.

Perjanjian Malaysia, yang merangkumi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, merupakan syarat-syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Katanya, gagasan baru ini boleh bekerjasama dengan BN dan Pakatan Harapan untuk mentadbir dan ekonomi terbaik untuk rakyat di negeri itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, sebelum kongres berhenti rehat, kesemua pemimpin PKR mengangkat plakad ‘Mana RM2.6 bilion’.

Sejurus selepas itu, para pimpinan PKR pergi ke arah perwakilan dan kesemua mereka sama-sama mengangkat plakad berkenaan.


Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.