Followers

Tuesday, November 3, 2015

Tony Pua: Debat 1MDB cabuli Peraturan Mesyuarat mana?

Debat 1MDB - Wayang Yang Sengaja Dirancang Untuk Dibatalkan





"Peraturan Mesyuarat Parlimen mana yang bakal dicabuli jika perdebatan 1MDB diteruskan?"

Ini adalah soalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Pandikar hari ini mahu Pua melepaskan keanggotaannya daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau menarik diri daripada siasatan 1MDB jika beliau mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung syarikat yang sarat hutang itu, Jumaat ini.

"Ini tidak adil kepada saya. Soalan yang saya hantar pagi ini dengan jelas menyatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan PAC.

"Ini adalah soalan yang menjadi perhatian orang ramai. Bagaimana ia boleh langgar mana-mana peraturan (di Parlimen)?" soal Pua apabila ditanya wartawan selepas menghadiri forum ekonomi di Kuala Lumpur.

Pandikar juga memutuskan bahawa Arul Kanda tidak lagi boleh menjadi saksi dalam siasatan PAC jika debat itu diteruskan.

"Ini lebih teruk. Debat itu memberi manfaat kepada rakyat. Bagaimana PAC boleh hilangan peluang menyoal Arul kerana debat itu?" kata Pua.

Katanya, beliau akan mengesahkan perkara itu dengan Pandikar dan bergegas menuju ke Dewan Rakyat.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.