Followers

Wednesday, November 11, 2015

Tolong dengar kemahuan Exco Pas di Selangor, nasihat Khalid Mohamad Fadli


khalid-samad,pas

Pemimpin Pas didakwa tidak memahami situasi politik di Selangor yang memerlukan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Pas dinasihatkan supaya mendengar kehendak Pas Selangor berhubung kerjasama antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH).

Nasihat itu diberikan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad sambil mendakwa pemimpin Pas tidak memahami realiti politik di Selangor.

Khalid berkata, pemimpin Pas perlu mengetahui pandangan dan apa yang hendak disampaikan oleh Pas Selangor dan Exco Pas yang berada dalam kerajaan Selangor.

“Saya minta maaf kerana saya lihat Pas lebih mementingkan agenda sempit yang diperjuangkan itu lebih penting daripada tunaikan tanggungjawab kepada rakyat Selangor,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, situasi yang berlaku sekarang bukan masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, kenyataan Tuan Ibrahim menunjukkan Pas gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada PKR, DAP, Pas dan Amanah di Selangor.

“Sepatutnya Pas perlu beri kerjasama…Disebabkan itu Amanah mencadangkan supaya Pas mengadakan perjanjian bersama untuk bekerjasama dengan PH, bukannya Amanah atau DAP secara sendirian di Selangor.

“Jadi sekiranya Pas tidak boleh nak bekerjasama, macam mana pentadbiran kerajaan nak berjalan dengan lancar dan takkan Menteri Besar kena adakan mesyuarat berbeza dengan Exco DAP dan juga Pas atas sebab tidak boleh bekerjasama,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.