Followers

Wednesday, November 4, 2015

Tidak wujud “tuntutan bertindih” Beting Patinggi Ali, kata Anifah

Langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara, kata  Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.– Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.

Langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan termasuk Gugusan Beting Patinggi Ali bukanlah kawasan wujudnya “tuntutan bertindih” antara Malaysia dengan negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah berkata kawasan yang terletak 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak, jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Beliau berkata peruntukan UNCLOS 1982, negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

Sehubungan itu, nelayan tempatan bebas menjalankan aktiviti di kawasan EEZ dan kapal pengawal pantai asing termasuk kapal pengawal pantai China yang memasuki kawasan itu boleh dianggap menceroboh.

Anifah mengulas mengenai laporan media tempatan yang melaporkan nelayan laut di Miri, Sarawak diusir pengawal pantai China yang sentiasa berada di kawasan berkenaan.

Anifah berkata langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara.

"Ini termasuklah mengadakan rondaan dan pengawasan serta aktiviti penguatkuasaan," katanya.

Pada masa ini terdapat kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Beting Patinggi Ali yang melakukan rondaan bagi memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut terpelihara.

"Justeru, nelayan tempatan tidak perlu khuatir untuk menangkap ikan di kawasan Beting Patinggi Ali," kata Anifah.

Kapal pengawal pantai China dilapor berlabuh di perairan sekitar Gugusan Beting Patinggi Ali dan dipantau sejak 2013 tanpa sebarang provokasi.

Pada Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanggungjawab terhadap APMM berkata kerajaan mengirim nota diplomatik hampir setiap minggu dan akan meneruskan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan kapal asing itu. – Bernama, 4 November,
2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.