Followers

Sunday, November 8, 2015

Tiada halangan sekiranya Selcat mahu siasat DEIG, kata Azmin


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Darul Ehsan Investment Group (DEIG) akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit
Negara.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Darul Ehsan Investment Group (DEIG) akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit Negara.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini berkata tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mahu menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ini kerana katanya, entiti berkenaan masih belum beroperasi seperti mana yang didakwa pelbagai pihak malah ia sedang melalui proses penstrukturan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu juga akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit Negara.

"DEIG masih belum beroperasi jadi apa yang mahu disiasat? Jika masih mahu siasat, bolehlah.

Kita mahu DEIG mengamalkan prinsip ketelusan dan itu adalah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui selepas upacara pembukaan Persidangan Usahawan Malaysia-China Kelima, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu Selcat menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu DEIG terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat kumpulan itu.

Khalid menyatakan dalam siasatan itu, Selcat mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu. – Bernama,



See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.