Followers

Monday, November 23, 2015

Tanam sayur untuk berjimat – Timbalan Menteri Mikha Chan


Tajuddin-Abdul-Rahman

Dengan itu tidak akan ada isu mengenai rakyat perlu membayar harga yang tinggi untuk membeli sayur yang diimport 

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya menanam sayur-sayaran untuk kegunaan sendiri,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan rakyat membayar sayuran-sayuran yang diimport ekoran ia kini menjadi semakin mahal disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

“Jika ‘Jom Bertani’, kita tanam apa yang perlu, kita tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak ada isu mengenai kadar pertukaran wang,” katanya dalam sesi soal-jawab di Parlimen.

Tajuddin berkata, demikian menjawab soalan Shamsul Iskanda Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin mengetahui langkah kerajaan bagi mengatasi kenaikan harga sayur-sayuran yang diimport seperti bawang.


‘Jom Bertani’ iaitu satu program sosio-ekonomi luar bandar bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak-BN berkata, warga kota juga boleh mengamalkan aktiviti menanam sayuran-sayuran di rumah mereka.

“Program ‘Jom Bertani’ tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah-rumah mereka,” kata Tajuddin.

“Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur,” katanya secara berseloroh.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.