Followers

Saturday, November 21, 2015

Sultan mesti bersuara mengenai Jakim, kata pakar undang-undang OLEH ANISAH SHUKRY

 
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mengatakan hal agama merupakan pewajaran monarki di bawah Perlembagaan, justeru Sultan tidak boleh mendiamkan diri mengenai debat sama ada Jakim adalah relevan atau tidak.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mengatakan hal agama merupakan pewajaran monarki di bawah Perlembagaan, justeru Sultan tidak boleh mendiamkan diri mengenai debat sama ada Jakim adalah relevan atau tidak.

Sebagai ketua agama, Sultan tidak boleh berdiam diri tentang perdebatan sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) relevan atau tidak, kata pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) itu mempertahankan pendiriannya yang Jakim, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, adalah tidak mengikut Perlembagaan atas alasan kuasa mengenai agama Islam terletak pada raja-raja negeri, dan bukan Putrajaya.

Menurut Aziz, kerana ketua pengarah Jakim percaya itu tidak benar, maka raja-raja mesti menyatakan pendirian mereka mengenai perkara itu, sama seperti mereka lakukan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Oktober lalu.

"Perkara 3 (2) yang meletakkan Majlis Raja-raja Melayu sebagai pihak berkuasa kebangsaan (Islam), di mana Agong perlu patuh kepada perkara itu mengenai Islam di peringkat Persekutuan.

"Sebab itu raja-raja tidak boleh berdiam diri, terutamanya selepas mereka bercakap tentang 1MDB. Preseden sudah ditetapkan. Tambahan pula, agama adalah pewajaran monarki di bawah Perlembagaan," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Kabinet juga perlu mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyelar Jakim sambil berkata jabatan itu cuba memaksa versi Islam mereka ke atas orang lain.

Dr Mahathir berkata, pihak berkuasa agama tidak mahu berfikir apabila ia menyentuh soal keagamaan.

"Dr Mahathir sendiri yang menjenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai bahagian hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri ketika pemerintahan Tunku," kata Aziz, merujuk kepada perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

"Dan Dr Mahathir menggunakan Jakim untuk dijadikan mesin propaganda, bukannya menguruskan program Islam."

Perdebatan mengenai kerelevanan Jakim bermula apabila Tawfik Ismail, anak kepada timbalan perdana menteri Malaysia kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mengatakan agensi itu perlu dimansuhkan kerana umat Islam Malaysia tidak memerlukan kerajaan untuk menentukan bagaimana mengamalkan kepercayaan mereka.

Tambahnya, tugas Jakim bertindih dengan kementerian lain yang sudah pun menjalankan beberapa fungsi-fungsinya.

Sebagai respons, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim menjadi lebih relevan hari ini kerana ia terlibat dalam urusan menentang Syiah dan "Islam liberal", termasuk ancaman daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – 21 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.