Followers

Thursday, November 19, 2015

Skandal 1.5 juta di Bukit Aman didedah FMT Reporters


bukit amanAudit dalaman di jabatan logistik polis menemui kos untuk membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin adalah berjumlah RM500,000.

KUALA LUMPUR: Lebih daripada RM1.5 juta peruntukan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf ibu pejabat polis di Bukit Aman telah diseleweng.

Akhbar The Sun melaporkan duit berkenaan telah digunakan untuk perbelanjaan yang tidak wujud.

Sumber dalaman akhbar itu memberitahu bahawa wang tersebut telah mengalir keluar melalui transaksi yang dilakukan oleh dua pengarah polis dan seorang jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) menggunakan tandatangan palsu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib mengesahkan perkara itu dan satu laporan telah dilakukan diikuti siasatan terhadap kejadian itu sedang dijalankan.

“Siasatan bermula sejak beberapa hari lepas. Kita sedang melakukan siasatan akar umbi yang memerlukan kajian mendalam daripada dokumen yang berkaitan.

“Apabila siasatan selesai, kita akan memanggil mereka yang terlibat dan tidak akan menyembunyikan perkara ini.

“Kita tidak boleh mendedahkan butiran kes memandangkan siasatan masih berjalan,” kata Hamza Taib.
Beberapa pembongkaran dibuat sejak beberapa bulan yang lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit dalaman di jabatan logistik polis.

Kos membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin direkodkan bernilai RM500,000, namun tiada sebarang kerja-kerja dilakukan walaupun bayaran kepada kontraktor yang dilantik telah dibuat.

Sumber The Sun menambah, satu pasukan khas dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga mendapati cop getah pendua telah digunakan untuk ‘mengesahkan’ dokumen palsu itu.

Pasukan itu juga mengesan lebih RM1 juta digunakan untuk tender yang tidak wujud.

Wang itu sepatutnya untuk kegunaan pembaikkan dan bekalan pelbagai barang pada tahun tahun lepas bagamanapun dibayar kepada individu-individu tidak dikenali.

Pasukan petugas telah membuat laporan kepada pihak polis pada Jumaat lepas selepas sebulan meneliti dokumen dan menyoal siasat beberapa kakitangan polis.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.