Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) boleh mengambil sebarang tindakan
terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan
berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di Antalya, Turki mengenai dakwaan wang Yapeim
yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah disalahgunakan untuk
membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil
Khir Baharom dan rombongannya ke luar negara.
Ditanya sama ada hal sedemikian merupakan satu usaha untuk mencalar imej
kerajaan, beliau berkata perkara sebegitu akan sentiasa ada.
Semalam, Jamil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
Putrajaya berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang
ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.
Jamil turut menjelaskan dakwaan yang dibuat Pengarah National Oversight
and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir program di Amerika Syarikat (AS)
bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah
jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku
menteri.
Menurut Jamil, lawatan beliau ke AS pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah
bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah
seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS.
Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West
Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta
Kanada.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.