TULISAN KECIL
Katanya dia berharap Husam dan Khalid akan bercakap benar. Kenapa Mustapa menggunapa perkataan itu, "bercakap benar" apakah dia seorang yang tidak oportunis?
Kenyataan Mustapa itu memberi gambaran bahawa apa didakwa Husam itu tidak berlaku dan hanya cerita Husam sahaja.
Sudah tentu kalau Husam atau Abdul Khalid datang mereka berdua akan terperangkap. Baik Husam dan Abdul Khalid tidak dapat membuktikan apa yang didakwa itu kerana ia tidak berlaku. Pembentukan kerajaan itu di peringkat cadangan dan harsat Hadi dan beberapa pemimpin lain berkepntingan sahaja. Kalau bukan mereka membantah sudah tentu ia menjadi kenyataan.
Perundingan ke arah itu memang sudah pun berjalan. Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Amat pernah menceritakan kepada saya bahawa dia menjadi tukang bawa Abdul Hadi, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain berjumpa dengan Abdullah Badawi. Alwi ketika itu Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Alwi mendedahkan ini kepada saya ketika kami di Makkah dua tahun setahun lepas.
Mustapa juga ada dalam mesyuarat bagaimana Hadi disoal dengan cadangan itu. Jadi untuk apa Mustapa mengajak Husam untuk bersemukakan terhadap perkara yang beliau tahu dan beliau sendiri terlibat dengan rancangan itu. Janganlah apabila sudah gaharu bercendana pula.
Kerana bukti berhubung perkara itu sukar dibuktikan, tidak dicatat dalam minit mesyuarat maka elok kalau Abdul Hadi tanpil ke depan dan menafikan apa yang didakwa Husam itu. Ramai AJK Pas yang boleh menjadi saksi terhadap apa yang berlaku. Hadi tidak boleh biarkan kepada Mustapa menjadi tukang jawab dan membelanya.
Makanya adalah elok baik bagi Husam, Khalid atau sesiapa juga tidak melayani cadangan Mustapa itu. Mustapa mengemukakan cadangan itu kerana dia ingin mempertahankan yang presidenya benar dan betul sahaja. Mustapa membuat cadangan itu apabila dunia sudah dapat berasakan Hadi "terkanyak" dan kekok untuk menjelaskan apa yang didedahkan Husam itu. [wm.kl.9:35 pm 16/11/15]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.