Followers

Tuesday, November 10, 2015

Semua masalah dalaman PAS salah Hadi?



Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kemelut dalaman yang melanda parti Islam itu kini bukan disebabkan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya, Mohd Amar berkata masalah tersebut berpunca daripada sikap anggota parti itu sendiri terutama pemimpin yang tewas dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, lapor Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempersoal sama ada permasalahan yang dikatakan berlaku dalam PAS terbukti disebabkan pemimpin nombor satu PAS itu.

"Cadangan semua orang boleh buat, tetapi adakah semua masalah yang berlaku di dalam PAS ini, salah presiden?

"Atau adakah masalah ini dicetuskan oleh ahli-ahli PAS terutamanya yang kalah dalam pemilihan baru ini, bukan Presiden yang menjadi masalah," katanya seperti dilapor dipetik akhbar itu.

Mohd Amar mengulas saranan supaya Hadi memberi laluan kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada PAS dan tanggungjawab itu boleh digalas kepada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini, bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa lantangmenyerang Hadi dengan mendakwa presiden PAS itu cuba membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno termasuk di Selangor.

Dalam laporan itu juga, Mohd Amar turut mempersoal mengapa Husam yang juga naib presiden membuat teguran ketika ini dan bukan sebelum muktamar.

"Apa yang ditegur, saya pun nak tahu, dalam isu presiden ini pernah ke dia bangkitkan sebelum ini, kenapa sekarang baru timbul selepas muktamar dan sebagainya.

"Sepatutnya sebelum muktamar lagi perlu dibangkitkan," katanya dipetik.

Laporan itu juga menyebut, Mohd Amar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan, menyerahkan kepada PAS pusat untuk menentukan sebarang tindakan terhadap Husam yang lantang mengkritik parti kebelakangan ini.

"Kita (PAS Kelantan) sering mengadakan mesyuarat, sama ada perkara ini dibangkitkan atau tidak, itu saya tidak tahu.

"Cuma kita di peringkatnegeri dan sebagainya tidak boleh mengambil sebarang tindakan, hanya jawatankuasa pusat sahaja yang boleh," katanya.




Posted By Jeebond -  Blooglist Malaysia.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.