PETALING
JAYA - Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita
yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri
yang digunakan untuk merakam.
Panik bila
menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di
tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas,
lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis
Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Zaini Che Din berkata, suspek
berusia 40-an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di
Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam
telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut."
"Sebaik
saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon
berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan
diri," katanya.
Dalam satu
kenyataan hari ini Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau
kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang
tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu.
Suspek
direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan
dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilarang mengintai..
Dari hadis Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ
أَنَّ رَجُلًا اطَّلَعَ عَلَيْكَ بِغَيْرِ إِذْنٍ، فَخَذَفْتَهُ
بِحَصَاةٍ، فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ
- "Jika ada seseorang mengintaimu tanpa izin, lalu engkau membalingnya dengan batu sampa“i terkena pada matanya, maka tidak ada dosa atasmu.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6888, 6902. Muslim, no. 2158, lafaz muslim)
Dari hadis Abu Dzarr RA Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ
كَشَفَ سِتْراً فَأَدْخَلَ بَصَرَهُ فِي البَيْتِ قَبْلَ أَنْ يُؤْذَنَ
لَهُ، فَرَأَى عَوْرَةَ أَهْلِهِ، فَقَدْ أتَى حَدّاً لاَ يَحِلُّ لَهُ أنْ
يَأْتِيَهُ، لَوْ أَنَّهُ حِينَ أَدْخَلَ بَصَرَهُ اسْتَقْبَلَهُ رَجُلٌ،
فَفَقَأَ عَيْنَهُ مَا عَيَّرْتُ عَلَيْهِ، وَإِنْ مَرَّ رَجُلٌ عَلَى
بَابٍ لا سِتْرَ لَهُ غَيْرِ مُغْلَقٍ، فَيَنْظُرُ لا خَطِيئَةَ عَلَيْهِ،
إِنَّمَا الْخَطِيئَةُ عَلَى أَهْلِ البَيْتِ
- “Siapa yang menyingkap tirai rumah orang lain, kemudian dia melihat ke dalam rumah tersebut sebelum dia mendapat izin, lalu dia melihat pula aurat penghuninya, maka benar-benar dia telah melanggar ketentuan yang tidak halal baginya untuk melanggarnya. Seandainya ketika dia melihat ke dalam rumah tersebut lalu seorang penghuni rumah bertindak padanya, kemudian mencederakan matanya maka aku tidak mencela penghuni rumah tersebut.
- Adapun jika seseorang melintasi rumah yang tidak memiliki tirai (penutup) serta tidak ditutup, lalu dia melihat (tanpa kesengajaan) maka tidak ada dosa baginya, akan tetapi dosa adalah bagi penghuni rumah (kerana kecuaiannya yang tidak memasang tirai atau menutup rumah mereka – pent.).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2707. Lihat: As-Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 3463)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.