Followers

Friday, November 6, 2015

Rafizi Tidak Kisah Dihina 'Sotong'



Walaupun tidak tersinggung dan mengakui mempunyai kegemaran untuk sotong goreng, pemimpin PKR berkata ia mendedahkan keangkuhan Perdana Menteri dan tidak berdaya.

Walau dihina sebagai 'sotong masak tepung', namun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui dirinya tidak tersinggung.

Malah, ahli parlimen Pandan yang berasal dari Terengganu itu mengakui bahawa sotong masak tepung atau goreng sotong adalah hidangan kegemarannya.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menggunakan taktik murahan seperti yang dilakukan portal MyKMU.net bagi menjawap isu-isu penting negara.

"Saya tidak tersinggung, ini sebenarnya adalah tanda bahawa mereka kini terdesak.

"Setiap kali Umno tidak boleh berdepan dengan rakyat atau sukar menjawab kritikan, mereka mengambil jalan keluar dengan melemparkan label atau membuat kenyataan yang menghina," katanya kepada Malaysiakini.

Katnya, mengupah portal "kelas rendah" untuk menjawab isu kepentingan awam mencerminkan watak sebenar Najib.

"Ini menggambarkan kebongkakannya (Najib) (yang merasakan tidak perlu bagi beliau untuk menjawab) dan sikap tidak berdaya (mengeluarkan hujah pintar untuk mempertahankan 1MDB).

"Meskipun label menghina itu mungkin mampu memuaskan hati sebahagian kecil ahli Umno, sebahagian besar rakyat semakin gelisah dengan usaha kerajaan yang berterusan untuk menyembunyikan isu 1MDB," katanya.

Portal penyokong tegar Najib, MyKmu.net melancarkan kecaman terhadap Rafizi selepas Pakatan Harapan menamakannya menggantikan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamya.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.