Followers

Wednesday, November 4, 2015

Peraturan Dewan Rakyat tidak larang ahli Parlimen bercakap di luar, kata Rafizi OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Tiada peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menghalang mana-mana ahli Parlimen bercakap di luar Dewan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli

Tiada peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menghalang mana-mana ahli Parlimen bercakap di luar Dewan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Tiada peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghalang mana-mana ahli Parlimen bercakap di luar Dewan, kata wakil rakyat Pandan Rafizi Ramli.

Sebaliknya, beliau mendakwa, isu debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy digunakan Barisan Nasional (BN) untuk menyekat ahli Parlimen.

"Saya rasa, ia bukan persoalan debat. Soalnya sama ada, debat itu akan digunakan sebagai alasan oleh Dewan, BN atau kerajaan untuk sekat Pua atau mana-mana ahli Parlimen.

"Tidak ada mana-mana peraturan Dewan menyebut ahli Parlimen tidak boleh bercakap apa-apa di luar," katanya yang juga setiausaha agung PKR pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Malah, beliau turut melahirkan rasa terkejut apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Pua melepaskan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya berhasrat meneruskan debat tersebut.

"Saya terkejut dengan keputusan speaker. Saya nampak dari beberapa perspektif, saya rasa kita boleh bahaskan dan persoalkan lebih dalam mengenai anggota PAC boleh debatkan isu yang disiasat PAC (atau tidak).

"Prosiding PAC bukan berkaitan jenayah. Walaupun ada kebimbangan maklumat diperolehi daripada PAC didedahkan, Pua menunjukkan disiplin.

"Sepanjang 2,3 tahun lepas, tiada sebarang dakwaan yang menuduh Pua mendedahkan maklumat PAC. Saya terkejut pengerusi PAC kata Pua dilarang berkata apa-apa mengenai 1MDB," kata Rafizi.

Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan tidak boleh dipertahankan kerana isu yang dibawa ke PAC adalah isu penting dalam negara.

Terdahulu pagi ini, Pandikar memutuskan Pua perlu meletak jawatan dalam PAC jika beliau mahu meneruskan perdebatan dengan Arul kerana tindakan Pua berdebat itu menjadikan beliau seorang "pendakwa", bukan "penyiasat", dan ia akan menghakis kredibiliti PAC.

Memetik keputusan Pandikar itu, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengeluarkan perintah larangan terhadap Pua, mengatakan pengkritik firma pelaburan negara itu tidak lagi boleh bercakap atau membuat sebarang kenyataan mengenai 1MDB.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.