Pemuda UMNO melihat ia sebagai isu yang serius
memandangkan saban tahun pelbagai bentuk geran, dana serta inisiatif
mesra rakyat yang diumumkan kerajaan melalui pembentangan bajet tetapi
tidak dapat dirasai oleh pihak yang sepatutnya.
Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun mendedahkan, kerajaan memperuntukkan berbilion-bilion ringgit setiap tahun dalam bentuk dana khususnya untuk usahawan muda Bumiputera namun dana tersebut tidak sampai kepada pihak yang berwajib.
“Kami melihat ia sebagai isu yang serius memandangkan saban tahun pelbagai bentuk geran, dana serta inisiatif mesra rakyat yang diumumkan kerajaan melalui pembentangan bajet tetapi tidak dapat dirasai oleh pihak yang sepatutnya khususnya golongan usahawan Bumiputera yang baru hendak menapak,” katanya semasa sidang media di PWTC pada Selasa.
Khairul menyifatkan punca utama berlakunya perkara ini ialah budaya dan mentaliti ‘silo’ atau pengasingan di mana terdapat kesukaran dalam memadankan program dan dana kepada kumpulan sasar.
“Kekangan birokrasi dan kekurangan maklumat menyumbang kepada kelemahan perlaksanaan sehingga ada dana yang tidak sampai kepada golongan sasar dan ada pula yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO merancang untuk menganjurkan Konvensyen Dana Bumiputera pada 28 November ini bagi mencapai satu resolusi yang akan memberikan penyelesaian jangka masa panjang.
“Sudah tiba masanya untuk kerajaan lebih serius melihat perkara ini.
“Kita tidak boleh malu mengakui kelemahan, ini masalah kita dan kita perlu bangkit memperbetulkan keadaan,” katanya.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.