Followers

Monday, November 16, 2015

Patutlah Berlaku Tanah Runtuh Karak Highway.. Gambar Ini Sebagai Bukti


Patutlah Berlaku Tanah Runtuh Karak Highway.. Gambar Ini Sebagai Bukti. Walaupun pihak berkuasa menafikan pembalakan tidak terkawal menjadi punca kejadian tanah runtuh Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di Lentang namun beberapa keping gambar menceritakan sebaliknya.

Empat keping gambar yang diambil di puncak bukit Hutan Lipur Lentang menunjukkan aktiviti pembalakan diprcayai menjadi punca utama pengaliran air deras yang membawa kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur pada 11 November lalu.

Gambar itu dikatakan diambil di puncak bukit secara rahsia oleh pihak tertentu walaupun terdapat kawalan ketat bagi menghalang pihak luar membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Gambar-gambar berkenaan jelas menunjukkan di kawasan puncak telah gondol kerana aktiviti pembalakan.

Terdapat juga beberapa tong yang digunakan untuk mengisi minyak untuk jentera berat yang dtinggalkan di kawasan berkenaan.

Patutlah Berlaku Tanah Runtuh Karak Highway.. Gambar Ini Sebagai Bukti

Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur masih ditutup di kedua-dua arah selepas kejadian Tanah runtuh pada 11 November lalu di KM52.4 berhampiran Lentang.

Tiada kematian dan kecederaan dilaporkan tetapi beberapa kenderaan rosak kerana terperangkap dalam runtuhan itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilapor menafikan kejadian itu berpunca daripada aktiviti pembalakan tetapi beberapa pihak tidak percaya kerana terdapat kayu balak yang berselerak di atas jalan raya.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar sebelum itu mendakwa kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang bagi projek laluan TNB dari Bentong ke Lenggeng, Negri Sembilan adalah punca kepada kejadian itu.

Jabatan Perhutanan Pahang menafikan dakwaan itu.
 
 
ADDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.