Followers

Monday, November 2, 2015

PAS tak setuju GST, tapi tak tolak Bajet 2016, kata Nik Abduh OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju Bajet 2016 dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak tetapi mengakui ia turut menjaga kebajikan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju Bajet 2016 dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak tetapi mengakui ia turut menjaga kebajikan rakyat.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju Bajet 2016 dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak tetapi mengakui ia turut menjaga kebajikan rakyat.

PAS tidak bersetuju dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun parti itu tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016 kerana terdapat beberapa perkara di dalamnya yang mempunyai kebaikan untuk rakyat, kata Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga ketua Pemuda PAS itu turut bersetuju, Bajet 2016 dibentangkan perdana menteri pada 23 Oktober lalu dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak.

Namun, kata ahli Parlimen Pasir Mas itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini, bajet berkenaan juga menjaga kebajikan rakyat.

"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan. Antara unsur utama adalah, jaga parti mereka, termasuk Najib. Saya bersetuju, bajet jaga Najib, tetapi ia juga menjaga rakyat Malaysia.

"Kita tidak sokong (usul tolak bajet) kerana ada banyak bangkangan yang kita bangkang. Kita juga tidak bangkang kerana bajet ini memang asalnya untuk kebaikan rakyat Malaysia. Maka kita berkecuali," katanya.

Anak bekas mursyidul am PAS itu turut mengulangi kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu bersedia mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan berhubung isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Hari ini ketika perbahasan, dan ahli Parlimen kita ambil bahagian, kita sudah sebutkan akan terus membuat penambahbaikan dalam bajet pada perbincangan di peringkat jawatankuasa.

"Kita sentiasa minta kerajaan jemput kita dalam perkara-perkara berkaitan kemajuan negara. Tetapi isunya, kita jarang dapat jemputan daripada kerajaan. Kalau kerajaan panggil, kita akan beri kerjasama," katanya.

Beliau berkata, PAS turut sedia menyahut panggilan kerajaan sekiranya diminta membantu, sama ada melalui jemputan rasmi atau tidak rasmi.

"Rasmi atau tidak rasmi tidak penting, yang penting kerajaan panggil kita. Kita nak beri sumbangan kepada rakyat.

"Selama ini, PAS terpinggir kerana dianggap seperti musuh," katanya sambil menambah, sekiranya Putrajaya berhasrat berubah, mereka perlu melakukan perbincangan bersama parti pembangkang.

"Kalau kerajaan nak berubah, maka kena panggil PAS, PKR dan DAP berbincang."

Beliau turut menafikan terdapat kerjasama politik antara PAS dan Barisan Nasional (BN), sambil menegaskan PAS akan kekal sebagai parti pembangkang.

"Kita akan kekal sebagai parti pembangkang dan tiada niat bekerjasama dengan BN," katanya. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.