Followers

Monday, November 2, 2015

Anwar diberi layanan istimewa dalam penjara, kata Nur Jazlan OLEH MD IZWAN


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Putrajaya sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh tahanannya di Penjara Sungai Buloh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Putrajaya sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh tahanannya di Penjara Sungai Buloh.

Putrajaya hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat layanan terbaik di dalam penjara, sebaliknya mereka sudah memberi layanan istimewa sepanjang bekas ketua pembangkang itu berada dalam tahanan di Sungai Buloh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Putrajaya sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin.

"Saya tak terbayang keadaan keluarga YB (Nurul Izzah Anwar) alami situasi ini. Tapi Datuk Seri Anwar diberi layanan semaksimum untuk diperiksa," kata Nur Jazlan semasa menjawab soalan Nurul Izzah di Dewan Rakyat pagi ini.

Menurut ahli Parlimen Pulai itu, Anwar juga diberi layanan istimewa berbanding banduan lain dan berharap mereka dapat memahami kerajaan sentiasa menjaga keadaan kesihatan ketua umum PKR itu.

"Pelbagai keistimewaan diberi yang tidak diberi kepada banduan lain. Saya harap keluarga Datuk Seri Anwar memahami kerajaan sentiasa menjaga kesihatan beliau," katanya.

Keluarga Anwar sebelum ini menuduh Putrajaya tidak memberikan rawatan terbaik susulan kecederaan bahu dialaminya dan mendakwa masa lawatan juga dihadkan.

Menurut Nur Jazlan, sepanjang berada dalam penjara hampir 38 minggu, Anwar sudah menjalani pemeriksaan kesihatan sebanyak 83 kali termasuk 10 kali fisioterapi dan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebanyak 7 kali.

Sepanjang tempoh itu juga, keluarganya diberi peluang berjumpa sebanyak 15 kali dan perjumpaan dengan peguam sebanyak 65 kali.

"Ini satu keistimewaan yang diberi," katanya.

Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak berpuas hati dengan jawapan Nur Jazlan serta mendesak supaya Anwar diberikan rawatan fisioterapi intensif seperti dicadangkan doktor.

"Doktor sudah menasihati supaya beliau jalani intensive fisio. Kenapa tak diberi rawatan yang didesak doktor? Maka Anwar mungkin kena jalani pembedahan," katanya.

Nurul Izzah juga mempersoalkan pendirian kerajaan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri sudah membuat keputusan mahu Anwar segera dibebaskan.

"PBB sudah desak Datuk Seri Anwar dibebaskan. Adakah YB sedia ikut pandangan PBB bebaskan Datuk Seri Anwar?" katanya.

Namun, Nur Jazlan menasihati supaya Nurul Izzah tidak mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat mahkamah.

"Saya rasa tak elok persoalkan keputusan mahkamah. Tak boleh pertikai keputusan," katanya.

Pada Julai lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menerima rawatan ke atas kecederaan bahunya yang serius kesan kemalangan kereta tahun lalu.

Terdahulu, keluarga Anwar mendakwa kerajaan menyekat akses bertemu pemimpin pembangkang itu dengan pelbagai larangan seperti memendekkan masa lawatan dan tidak memberi rawatan yang dituntut.

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.