Followers

Thursday, November 5, 2015

Pandikar Nafi Dakwaan Tony Pua..



Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan kenyataan Tony Pua bahawa belaiu tidak melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen dengan berdebat secara langsung dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Katanya, Peraturan Mesyuarat menetapkan bahawa speaker diberi kuasa mutlak mentafsir peruntukan Peraturan Tetap Mesyuarat dan bukan oleh ahli parlimen mahupun anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Pua kata dia tidak melanggar mana-mana bahagian Peraturan Mesyuarat. Ini adalah semata-mata interpretasi beliau. Adakah Peraturan Mesyuarat menetapkan bahawa ia boleh ditafsir oleh mana-mana ahli parlimen?

"Ia menyatakan bahawa speaker perlu mentafsirkan Peraturan Mesyuarat, manakala ahli parlimen (perlu) bersetuju," kata Pandikar pada sesi pertemuan dengan ketua-ketua pengarang, malam semalam.

Beliau mengulas soalan sama ada beliau akan mengkaji semula arahannya kepada Pua supaya berundur daripada menganggotai PAC jika pemimpin DAP itu terus berdegil mahu berdebat dengan Arul Kanda di sebalik jaminan tidak membangkitkan mengenai siasatan 1MDB.

Pua mendakwa bahawa beliau tidak melanggar mana-mana Peraturan Mesyuarat kerana 10 soalan yang dihantar kepada Arul Kanda bukan berdasarkan maklumat siasatan PAC ke atas 1MDB, tetapi bersandarkan maklumat umum.

Pandikar bagaimanapun tidak bersetuju dan berkata sebarang maklumat umum itu mungkin dibentangkan pada prosiding PAC.

"Tetapi, bagaimana anda tentukan bahawa Pua sebagai anggota PAC tetapi memperolehi maklumat atau dokumen dari tempat lain?" soalnya.

"Saya telah membuat arahan dan sekiranya kerajaan dan juga pembangkang tidak mahu mematuhi, maka saya tidak mempunyai pilihan yang lain. Saya tidak boleh tunduk. Saya tidak boleh menjadi speaker lagi, saya akan balik kampung," kata Pandikar dengan nada yang tegas.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.