Followers

Wednesday, November 4, 2015

Orang kuat PERKASA masuk ICU


PETALING JAYA: Bekas Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang kerana mengalami jangkitan kuman akibat masalah buah pinggang. Setiausaha Agung Perkasa,

Syed Hassan Syed Ali berkata, Ruslan yang kini merupakan Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan dimasukkan ke ICU sejak Ahad lalu. “Sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, beliau dimasukkan ke hospital kerana penyakit buah pinggang yang dialaminya.

Beliau pernah masuk ke ICU sebelum ini dan selepas itu dirawat di wad biasa. Kelmarin (Ahad), beliau dimasukkan semula ke ICU selepas tidak sedarkan diri.

“Saya menyeru kepada semua ahli Perkasa dan rakan-rakan Ruslan termasuk sesiapa sahaja yang mengenali beliau supaya mendoakan kesejahteraan beliau agar cepat sembuh,” katanya ketika dihubungimStar Online pada Rabu.

Syed Ali berkata, beliau menziarahi Ruslan di hospital pada Ahad lalu dan antara lain yang telah melawat ialah Presiden Perkasa,

Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli dewan tertinggi lain. Pada masa sama, beliau turut berharap pihak hospital dapat menjalankan tugas dengan baik semasa menjalankan rawatan ke atas Ruslan.

“Secara peribadi, Ruslan merupakan seorang yang mempunyai semangat dan jiwa Melayu yang sangat kental. Semangat itulah yang membuatkan beliau disenangi ramai,” katanya.


Menurut Syed Hassan, Perkasa mempunyai rancangan untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan supaya Ruslan kembali sembuh. “Kita ada rancangan untuk mengadakan solat hajat melibatkan ahli-ahli Perkasa dalam waktu terdekat, InsyaAllah,” katanya. -mstar-


KERENGGA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.