Followers

Saturday, November 14, 2015

NOW Tidak Akan Minta Maaf Dari Jamil Khir



Semalam Jamil Khir memberi tempoh selama 24 kepada Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir untuk meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang YaPEIM.

Akmal sebelum itu mendakwa ada menteri menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.

Dalam kenyataannya juga Jamil Khir telah mengakui ke Amerika Syarikat pada tarikh yang disebutkan NOW kata Jamil itu tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri..

Sila baca kenyataan Jamil Khir itu di ( SINI )

Hari ini dalam satu sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi, Akmal menegaskan tidak akan minta maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya “Daripada bukti yang dikemukakan dan kenyataan beliau semalam, beliau yang gunakan wang tersebut, bukan saya. Jadi kenapa saya yang perlu minta maaf?

“Saya rasa persoalan itu (meminta maaf) tidak timbul untuk saya. Saya tidak minta maaflah. Saya nak minta maaf untuk apa?”

Dan membangkitkan soalan..Jika benar lawatan Jamil Khir ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai menteri, mengapakah perbelanjaan tersebut dibiayai YaPEIM? 

Berikut adalah laporannya..

KUALA LUMPUR: Pengarah National Oversight Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir bertegas tidak akan memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ia ekoran pendedahan NOW yang mendakwa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk tujuan bersuka-ria termasuk bermain golf di Amerika Syarikat.

“Bukan saya yang ambil duit YaPEIM. Kita hanya minta dia jelaskan sebab beliau menggunakan duit yayasan. Saya tidak akan minta maaf,” kata Akmal Nasir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NOW pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, tidak gentar sekiranya Jamil Khir membawa isu wang YaPEIM ke mahkamah kerana rakyat berhak tahu sebab duit anak yatim dan miskin digunakan bagi membiayai perjalanan Jamil Khir ke Amerika Syarikat.

“Itu hak dia (Jamil Khir) untuk membawa isu ini ke mahkamah. Bahkan, rakyat juga berhak tahu, mengapakah wang Yayasan Pembangunan Anak Yatim Miskin (PEMANGKIN) digunakan,” ujarnya lagi.

Jelasnya, Jamil Khir sepatutnya menggunakan wang yang diperuntukkan kepada beliau atas kapasiti seorang menteri kabinet dan bukannya wang yayasan.

“Jika benar lawatan Jamil Khir ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai menteri, mengapakah perbelanjaan tersebut dibiayai YaPEIM?” soalnya.

Mengambil maklum kenyataan media yang dibuat Jamil Khir pada Jumaat, Akmal juga menyatakan menteri tersebut tidak menafikan kebenaran dan bukti atau dokumen yang beliau kemukakan sebelum ini.

“Jamil tidak menjawab isu pokok iaitu sama ada wang YaPEIM melalaui PEMANGKIN telah digunakan untuk membiayai lawatan beliau ke Amerika Syarikat.
“Malah, dalam kenyataan Jamil, beliau mengesahkan sememangnya telah pergi ke Amerika Syarikat bagi tempoh 21 hingga 29 Mei 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri,” ujarnya lapor Free Malaysia Today

Rasanyalah.. hari Selasa ni Jamil Khir samanlah NOW ni..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.