Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengar Berita Ini? Dakwaan draf
kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan
tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.
Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata
ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30
Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan
abangnya di satu daripada kertas itu.
"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.
"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati
ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa
dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam
dalam SD.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.
Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan
dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan
dan saling bertukar e-mel.
Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengar Berita Ini?
Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada
September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan
kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya
Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai 'kurang memberangsangkan'.
“Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan
apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar
perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.
SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC
International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana
Menteri.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.