Followers

Saturday, November 28, 2015

Ketua-ketua Umno cawangan lancar gerakan paksa Najib letak jawatan OLEH MD IZWAN


Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama mereka bagi mendesak perdana meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 November, 2015.

Sebahagian ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Sebahagian ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Sekumpulan ketua-ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk.

Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.

"Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur.

"Jika tidak, kami seluruh negara akan undurkan dia," kata Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon pada satu sidang media selepas mengadakan program Berani Kerana Benar di Puchong, Selangor malam tadi.

Amidon yang juga salah seorang jurucakap kumpulan itu berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama dengan mereka bagi mendesak supaya perdana menteri penggal kedua itu meletakkan jawatan.

"Kami nak beritahu pucuk pimpinan cawangan seluruh negara sedang bergerak, semakin bertambah," kata pemimpin akar umbi daripada Umno Bahagian Puchong itu.

GKCM mendakwa memiliki sokongan beratus cawangan seluruh negara, bagaimanapun enggan mendedahkan atas faktor keselamatan.

Seorang lagi jurucakap kumpulan itu, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang juga ketua Umno Cawangan Taman TKK berkata, mereka akan memperhebatkan gerakan di peringkat akar umbi untuk mengembalikan maruah parti Melayu terbesar itu.

"Kini terpulang kepada usaha-usaha ketua cawangan dan ahli akar umbi supaya Umno dapat diselamatkan," kata Kamarul semasa membaca kenyataan media bersama kira-kira 20 ketua Umno cawangan lain.

Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama mereka bagi mendesak perdana meletakkan jawatan.


Sebahagian ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 November, 2015.

Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama mereka bagi mendesak perdana meletakkan jawatan.

Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan ketua-ketua cawangan yang menentang Najib ditaja dan diupah.

"Kami bukannya dalang dan tiada siapa yang menjadi dalang di belakang kami," katanya.

Semasa melancarkan gerakan itu, Kamarul juga membaca deklarasi bersama yang diputuskan GKCM selepas bertemu dalam program itu.

"Pertama, presiden Umno perlu berundur. Kedua, tiada pemecatan kepada mana-mana ahli Umno yang menegur atau mengherdik pemimpin demi kebaikan dan ketiga, pemilihan Umno perlu diteruskan," kata Kamarul.

Terdahulu, beberapa ketua Umno cawangan menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Najib susulan beberapa skandal dan isu yang tidak terjawab, antaranya isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.

Terbaru kontroversi tercetus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai lalu turut dihalang merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri menjelang perhimpunan agung bulan depan. – 28 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.