Followers

Thursday, November 26, 2015

Kerajaan dibebani jumlah kementerian dan kakitangan awam-Aziz Bari FMT Reporters


Prof.-Dr-Abdul-Aziz-Bari,malaysia

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu mendakwa jumlah yang besar menjadi bebanan kepada kerajaan.

BANGI : Negara ini tidak sepatutnya mempunyai kementerian yang banyak kerana ia menyumbang kepada jumlah kakitangan perkhidmatan awam yang ramai.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia satu jumlah yang besar jika dinisbah dengan jumlah penduduk di negara ini.

“Kesimpulannya, kita tak perlu kementerian yang banyak. Lagipun kita dah ada bilangan kakitangan awam yang cukup besar..kita ada 1.3 juta kakitangan awam termasuk tentera dan polis.

“Ini cukup besar untuk negara yang setakat mempunyai 30 juta penduduk,” katanya.

Jelasnya, jumlah itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang cukup besar.

Selain bilangan kakitangan awam yang didakwanya sebagai ramai, Abdul Aziz turut membangkitkan jumlah menteri Kabinet kerajaan.

Sebagai hujah, dia menjadikan India sebagai perbandingan.

“(Jika) dibandingkan (dengan) India ada 30 anggota kabinet, rakyat dia 1 bilion lebih. Kita ada 30 juta rakyat tapi menteri 35 orang tidak termasuk timbalan menteri. Saya rasa kita memikul beban yang cukup besar,” katanya.

Ia merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini yang mempertahankan saiz anggota Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai jumlah yang ramai.

Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, ia bersesuaian dengan keadaan semasa di mana negara ini semakin berkembang sebagai negara moden dan berdepan pelbagai cabaran serta tanggungjawab.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.