Followers

Monday, November 23, 2015

KENYATAAN BERCANGGAH RAKYAT JADI KELIRU & TAKUT

Nurliyana Abdullah
Nurliyana Abdullah's photo.

DI Malaysia ini baik pemimpin atasan atau ketua jabatan selalu saja kenyataan mereka bercanggah dan kemudian rakyat jadi bingung dan ketakutan.

Misalnya ketua polis negara mengatakan ada pengebom berani mati di Sabah dan di Kuala Lumpur kesannya rakyat jadi takut dan kemudian pelancong2 yang dijadualkan datang ke Sabah terpaksa membatalkan untuk pergi ke Sabah kesan kenyataan itu.

Kemudian ketua polis di Kota Kinabalu pula mengatakan jangan mendengar kabar angin dan ini lagi aneh kelihatannya sedang yang mengeluarkan kenyataan itu ketua polis negara sendiri.
Bagai mana itu?

Memang rakyat keliru kesan kenyataan yang bercanggah dan akhirnya merugikan Sabah sendiri kesan pelancong luar negara yang mahu datang ke Sabah terpaksa membatalkan kedatangan mereka.

Saya pun kekadang tidak mengerti keadaan semacam ini!


NURLIYANA ABDULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.