Followers

Sunday, November 22, 2015

Isu Besan - Bukan Najib Dan Rosmah Yang Kena Jawab.. 'Bukan PM, Rosmah kena komen'



Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pihaknya tidak bercadang membuat sebarang kenyataan balas terhadap Bella Belkin yang mendakwa besan perdana menteri, Maira Nazarbayeva menggunakan nama pemimpin negara untuk membuat ugutan.

Menurut Datuk Rizal Mansor, dakwaan Bella itu yang dilaporkan New York Post semalam hanya memetik maklumat daripada sebelah pihak sahaja.

Tambahan pula tuduhan itu, katanya, dibuat terhadap Maira dan bukannya Datuk Seri Najib atau Rosmah.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menunggu pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

“Kami tidak boleh beri respon apa-apa kerana kalau pihak yang dituduh itu adalah perdana menteri atau Rosmah, barulah saya boleh komen," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Maira didakwa cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia.

Tunggu peguam

Memetik dokumen Mahkamah Persekutuan Manhattan, New York Post melaporkan Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes bernilai AS$400,000 (RM1.7 juta) tanpa membuat bayaran sepatutnya.

Maira adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang juga adik kepada Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Dia dilaporkan memesan beg berkenaan daripada syarikat Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor - Bella - mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat itu dan keluarga sambil mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Rizal berkata, pihaknya sedang menunggu peguam Maira memberikan penjelasan berhubung laporan akhbar berkenaan.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini, keluarga Belladiancam Maira sekurang-kurangnya tiga kali sejak Jun tahun ini.

"Hasil ancaman Maira berulang kali ke atas Bella dan (suaminya) Edward Belkin, keluarga itu bimbangkan keselamatan mereka dan juga anak-anak mereka," petik dokumen itu

Anak Maira dan Bolat, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa pada Mac tahun lalu.

Selepas berpisah, Bolat menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai AS$20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

- mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.