Followers

Monday, November 16, 2015

`Jumpa di mahkamah’ – Jamil Khir FMT Reporters


khirJamil Khir mendakwa Akmal Nasir telah melakukan jenayah fitnah apabila membuatttuduhan dan mengeluarkan kenyataan palsu

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menggesa polis menyiasat Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW), Akmal Nasir berhubung kenyataan fitnah dakwaan tidak masuk akal yang dibuat terhadapnya.

“Saya telah membuat laporan polis dan memberitahu peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya akan menjawab semuanya di mahkamah. Jumpa kamu (Akmal) di mahkamah,” katanya 
kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini pada Ahad.

Dalam laporan polis itu Jamil Khir sekali lagi menyatakan dakwaan dibuat Akmal adalah palsu dengan niat untuk memburukkan imejnya sebagai menteri.

“Dakwaannya bersifat fitnah serta palsu dengan niat menjejaskan reputasi dan maruah saya. Ini adalah satu serangan terhadap hak saya dan tanggungjawab saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Akmal telah melakukan jenayah fitnah apabila menuduh saya dan mengeluarkan kenyataan palsu. Dia perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang yang sewajarnya,” jelas Jamil dalam laporan polis dibuatnya.

Pada Jumaat lepas, Akmal mendakwa Jamil Khir telah menyalahgunakan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ketika melawat ke Minnesota dan Iowa pada Mei 2014 antaranya untuk membeli-belah dan bermain golf.

Akmal juga mendakwa, dia mempunyai bukti Jamil Khir berbuat demikian.

Jamil Khir bagaimanapun berkata, kunjungannya ke Amerika Syarikat adalah atas dasar undangan menghadiri beberapa program anjuran pelbagai agensi di bawah kelolaannya termasuk YaPEIM.



FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.