Followers

Thursday, November 12, 2015

Husam tidak perlu akur kepada ulama naif


 
PERSIMPANGAN

Khabar pada malam 13 November (malam esok) Husam Musa akan berceramah di Kota Bharu Kelantan. Ceramah Husam ini merupakan kali kedua selepas ceramahnya di Kedai Mulong beberapa hari lalu yang telah mengejutkan khalayak politik apabila beliau mendedahkan cerita dalaman Pas yang melibatkan presiden parti tersebut bernama Abdul Hadi Awang.

Ceramah Husam itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebelum ini beliau membisu walaupun Pas berkemelut ekoran tertubuhnya AMANAH. Husam beruzlah (menyunyikan diri) seketika tanpa mempedulikan politik kerana uzur.

Toh, sebaik pulih dari keuzuran Husam tidak menunggu lama untuk memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dan ahli politik bagi membetulkan apa-apa keadaan yang dikira pincang pada akalnya dan perlu diperkatakan demi rakyat dan negeri.

Kerana isi ceramahnya malam itu terkena kena ke atas batang hidung presiden, ia menjadi kontroversi dan panas. Mereka yang mentaksubi Hadi dan menganggap dia adalah peribadi ulama sejati; sambil membela Hadi, membaling tuduhan kesat kepada Husam. Berbagai-bagai cacian dan nesta dilemparkan kepada Husam tanpa melihat kebenaran atau justifikasi apa yang didedahkan Husam.

Juak-juak dan para permuja Hadi marahkan Husam. Serban dan jubah Hadi telah menutup minda mereka untuk daripada melihat dunia secara realiti. Tidak menjadi masalah kalau "pahlwan lembu" yang membelasah dan membalun Husam dalam facebook dan media baru sebagai mempertahankan tindakan huduh Hadi. Tetapi apabila Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad sendiri meminta Husam keluar Pas dan menyertai parti AMANH, ia dianggap sudah melampau. Mahfodz beranggapan Pas sebagai hak mak bapak dia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.