Followers

Monday, November 23, 2015

Hubungan DAP-PKR makin retak kerana Guan Eng angkuh Adam Abu Bakar


Chong-Sin-WoonPKR kini juga telah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan di bawah pentadbiran DAP.

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menuduh lima wakil rakyat PKR ‘bersama UMNO’ menunjukkan berlaku retakan dan perpecahan dalam Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata ia ekoran PKR kini juga telah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negeri di bawah pentadbiran DAP itu.

“Kita nampak sangat retakan dan perpecahan dalam Pakatan Harapan selepas pergaduhan DAP dan Pas sekarang PKR juga menunjukkan tidak puas hati mereka,” katanya di Parlimen pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sin Woon menjelaskan bahawa Guan Eng kini semakin angkuh dan langsung tidak boleh menerima sebarang komen dan kritikan.

“Sudah ada di depan mata kita bagaimana keangkuhan Lim Guan Eng dan menjadikan dia seorang yang tidak boleh menerima sebarang komen termasuk di Pulau Pinang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Angkatan Muda PKR Pulau Pinang mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR berikutan isu usul tambakan laut.

Ia ekoran tindakan lima wakil PKR berkecuali dalam pengundian usul tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.