Followers

Monday, November 23, 2015

Dakwa Najib ‘lembu tak guna’ - pegawai kanan disiasat




Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanannya melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan’ di hadapan duta-duta asing.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementerian akan meneliti perkara itu.

"Saya sudah berhubungan dengan Menteri (Datuk Seri Mustapa Mohamed)... Siasatan akan dijalankan. Ini tuduhan serius," katanya.

Sebelum ini, Datuk Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang memetik laman Facebook berkata kakitangan kanan kerajaan itu membuat kenyataan berkenaan pada satu majlis beberapa bulan lalu.

"Jika ini (terbukti) adalah benar, pegawai itu tidak membantu kerajaan, dia sedang memusnahkan kerajaan.

“Dia lakukan apa yang pembangkang lazimnya buat," katanya.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama pegawai itu sementara menunggu reaksinya berhubung dakwaan itu.

Menurut posting warga maya, pegawai kerajaan itu melemparkan tuduhan itu semasa majlis makan malam yang dihadiri oleh dua perwakilan asing, ketua pegawai eksekutif dan eksekutif tempatan.

"Katanya, kerajaan perlu dibubarkan dan MITI tidak peduli kerana mereka boleh beroperasi dengan sendiri tanpamenteri-menteri yang tidak berguna," petik posting itu.

Menurut warga maya yang dipercayai juga menghadiri majlis makan malam, berkata dirinya tidak pernah menjadi sebegitu malu.

Dalam posting yang sama, warga maya itu juga memuat naik gambar Najib bersama wanita yang dipercayai pegawai kanan kerajaan itu.

"Melihat gambar ini membuatkan saya tertanya-tanya jika beliau mempunyai keberanian untuk memberitahu PM Najib apa yang beliau luahkan?" soal warga maya itu.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.