Followers

Monday, November 23, 2015

Gila Dr. Zuhdi Makin Menjadi-Jadi.. 'Setahu saya, DAP tidak tolak TPP'






KUALA LUMPUR - Rakan parti Amanah, DAP didakwa tidak menolak sebarang rundingan berkaitan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPP.

Katanya, ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPP dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.

"Di antara parti yang kuat menentang TPP ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPP.

"Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri," dakwanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.

Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara itu.

Perjanjian tersebut dirunding antara Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.

Dalam pada itu, Zuhdi menegaskan, Pas sentiasa konsisten menentang TPP yang dianggap menindas ekonomi dan kedaulatan negara.

Zuhdi berpendapat, tentangan tersebut dilakukan demi memastikan dasar dan ekonomi negara tidak dieksploitasi oleh negara besar seperti AS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.