Berita Mengaibkan Najib. Datuk Seri Najib Razak tidak akan
memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di
Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di
negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata
peguamnya.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam
pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu
keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah
ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.
“Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di
AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana,” katanya kepada
wartawan hari ini.
Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa
perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap
penerbit terbabit.
Berita Mengaibkan Najib. Sebaliknya, pasukan peguam Najib berkeras WSJ menyatakan
sama ada ia bergantung pada undang-undang AS untuk melindungi syarikat
Amerika itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa
AS.
Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin
pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang
dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan
Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka.
Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam
akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1Malaysia Development Bhd
(1MDB), memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan
Putrajaya. Akhbar itu juga mengeluarkan sebuah rencana mengenai perkara
itu.
Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.
Dana itu, sebahagian besar dimasukan sebelum pilihan raya umum pada Mei
2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai
derma politik.
Peguam Najib, Datuk Mohamad Hafarizam Harun hari ini menafikan anak
guamnya sengaja melambatkan serta mencari alasan untuk tidak menyaman
WSJ.
Hafarizam berkata, dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu untuk
penjelasan sama ada RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB, tetapi
berkata penjelasan yang diberikan masih tidak memuaskan.
Peguam itu kemudiannya berkata dia sudah menulis kepada peguam
penerbitan itu di Singapura meminta penjelasan sama ada mereka
menggunakan Akta Kebebasan Bersuara di Amerika, bagi menghalang Najib
daripada melaksanakan penghakiman yang diperolehi di Malaysia.
Katanya lagi, peguam WSJ di Singapura enggan mendedahkan perincian mendalam kerana sebab-sebab strategik.
“Kami memang mahu menyaman tetapi ia perlu dilakukan dengan betul atau ia hanya akan dibatalkan kerana teknikaliti.
Berita Mengaibkan Najib. “Juga, kami juga tidak mahu mendapat
keputusan penghakiman yang tidak dapat dikuatkuasakan di Amerika
Syarikat,” tambah Hafarizam.
Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos lepas, selepas SPRM
memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada
1MDB.
Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada
permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan samada laporan akhbar
itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh Najib menyalahgunakan
kuasa.
Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh
2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6
Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan
pasukan penyiasat Malaysia.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.